• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB, EXCO Johor Guna Toyota Camry

oleh
14/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENTERI Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal mengesahkan pembelian 15 Toyota Camry bagi menggantikan Honda Accord sedia ada yang tidak lagi sesuai untuk kegunaan rasmi beliau dan anggota Exco negeri.

Beliau berkata, Honda Accord sebelum ini sudah melebihi perbatuan antara 350,000 hingga 400,000 kilometer.

“Semua Toyota Camry kerajaan Johor itu mula digunakan pada 12 Februari lalu.

“Langkah penggantian kereta rasmi kerajaan Johor dibuat selepas menerima pandangan dan nasihat daripada Kejuruteraan Jabatan Kerja Raya (JKR),” katanya selepas Program Sembang Santai bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Kampung Jorak Bukit Pasir, Muar, hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim dilaporkan meminta Dr. Sahruddin memberi penjelasan sama ada kerajaan Johor membeli kereta baru untuk kegunaan beliau dan Exco.

Hassan dilaporkan berkata, beliau merujuk gambar di sebuah portal yang mendakwa kerajaan Johor membeli kereta baru berkenaan.

Ditanya berapakah kos pembelian 15 kereta itu, Dr. Sahruddin berkata, beliau akan menyemak kos pembelian kenderaan rasmi berkenaan. – myMetro Online

Tags: Honda Accordkerajaan JohorSahruddin JamalToyota camry
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

4 Wanita Antara 20 Migran Indonesia Ditahan Di Rumah Transit Sindiket

Kerajaan Johor Kutuk Keganasan, Ekstremisme Korbankan 2 Wira Negara

19/05/2024
0

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme yang mengorbankan dua wira negara, awal pagi kelmarin. IKUTI...

Ferrari Rempuh Toyota Camry

Ferrari Rempuh Toyota Camry

17/03/2023
0

MUAR- Sebuah supercar jenis Ferrari terlibat kemalangan selepas pemandunya gagal mengawal kenderaan itu dalam kejadian di Kilometer 144, Lebuh Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd