• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masa Depan Negara Ditentukan Rakyat Bukan Elit Politik

oleh
26/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masa depan negara dan kestabilan politik mesti ditentukan oleh rakyat dan bukannya elit politik.

Sehubungan itu, UMNO, Barisan Nasional (BN) dan PAS menyarankan supaya Parlimen dibubarkan bagi membolehkan sebuah pilihan raya umum untuk memilih kerajaan baharu diadakan.

“Cadangan ini amatlah munasabah, wajar dan sangat sesuai untuk menyelesaikan kemelut politik pasca kejatuhan Pakatan Harapan.

“Masa depan negara dan kestabilan politiknya mesti ditentukan oleh rakyat dan bukan elit politik.

“Kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat adalah jalan terbaik untuk demokrasi Malaysia berfungsi sebaiknya…

“Semoga dilimpahkan rahmat taufik dan hidayah daripada ALLAH SWT buat semua demi mendapatkan keputusan terbaik buat sekalian rakyat Malaysia. InsyaAllah,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.

Terdahulu, UMNO, BN dan PAS mengadakan sidang media bersama mengumumkan persetujuan sebulat suara agar Parlimen dibubarkan dan dalam masa sama menarik semula sokongan terhadap Perdana Menteri interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini.

Ini kerana menurut Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, ada syarat-syarat ditetapkan gabungan parti itu yang tidak dipersetujui Dr. Mahathir, antaranya enggan bekerjasama dengan DAP.

Sokongan tersebut turut dipersetujui parti komponen BN iaitu MCA dan MIC yang beralasan tidak mahu kerajaan perpaduan dicadangkan Dr. Mahathir menjadi sebuah kerajaan tanpa pembangkang. – Sinar Harian

Tags: Barisan NasionalMohamad Hasanmuafakat nasionalPASUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib 1MDB Dominasi Kempen PH, BN Angkat Prestasi Kerajaan Johor

Najib 1MDB Dominasi Kempen PH, BN Angkat Prestasi Kerajaan Johor

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Memasuki beberapa hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, beberapa isu utama mula mendominasi ceramah dan kenyataan...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd