• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Tak Halang Bersatu Calonkan Muhyiddin PM

oleh
29/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT DAMANSARA – Keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri tidak dihalang oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, perkara itu turut diulangi oleh Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu berulang kali.

“Tun (Dr. Mahathir) tidak menghalang (calonkan Muhyiddin). Sebenarnya dia kata dia tidak ada halangan dan dia telah berkali-kali dalam kenyataan dia tidak ada halangan,” katanya ketika ditemui di kediaman Muhyiddin di sini sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan terbaharu Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk A Kadir Jasin yang mengatakan bahasa pencalonan Muhyiddin tidak dipersetujui semua MPT parti itu.

Mengulas lanjut, Mohd Redzuan berkata, mesyuarat parti yang berlangsung pagi tadi jelas menunjukkan Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu telah mendapat sokongan solid.

“Kalau Datuk A Kadir mengatakan tidak, kita baru habis mesyuarat pagi tadi dan kenyataan rasmi telah pun dikeluarkan Setiausaha Agung (Bersatu).

“Jadi, kalau nombor (jumlah sokongan) itu tidak solid saya tidak tahu lagi macam mana jadi (dianggap) solid,” katanya.

Sementara itu, ketika mengulas tindakan Dr. Mahathir yang dikatakan keluar awal sebelum Mesyuarat Ahli Parlimen Bersatu di Yayasan Al-Bukhary selesai, Mohd Redzuan menyifatkan tindakan tersebut sebagai tindakan berkecuali.

“Macam saya, kalau ia melibatkan diri saya sendiri, saya akan mengambil sikap berkecuali kerana ia melibatkan diri saya.

“Tidak adil untuk saya duduk di sana jika ia melibatkan diri saya,” katanya. – Sinar Harian

Tags: BERSATUMahathir MohamadMuhyiddin YassinPerdana Menteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

18/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa tindakan terkini Perikatan Nasional...

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd