• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Sedia Serah Jawatan Bila-Bila Masa

oleh
18/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersedia untuk melepaskan jawatan sebagai pemimpin nombor satu negara pada bila-bila masa.

Tegasnya, pendiriannya itu selari dengan keputusan Pakatan Harapan (PH) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

“Saya dah cakap saya bersedia bila-bila masa (kalau) hendak suruh saya letak jawatan, saya letak jawatan.

“Tetapi janji saya, saya akan letak jawatan dan saya akan letak jawatan.

“Apa juga keputusan yang dibuat (dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH) saya akan letak jawatan selepas APEC,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Bulan Antidadah Kebangsaan 2020 di Dewan Seri Endon Puspanitapuri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Mesyuarat Majlis Presiden PH pada Jumaat ini akan memutuskan tempoh peralihan kuasa Perdana Menteri.

Pengerusi PH itu berkata, beliau juga tidak akan membangkitkan isu itu dalam mesyuarat berkenaan.

“Saya akan menjadi pengerusi.., jadi kerusi,” katanya secara berseloroh kepada pemberita.

Isu peralihan jawatan Perdana Menteri antara Dr. Mahathir dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mencetuskan pelbagai polemik.

Sebelum ini, PAS dilaporkan menyatakan pendirian untuk menyokong kepimpinan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal menerusi usul undi percaya pada sidang Dewan Rakyat bulan depan. – Sinar Harian

Tags: Mahathir Mohamadpakatan harapanPerdana Menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

“KSP, KSU Kata Tak Mampu Dana Yang Ada Ini Menampung” – PM Anwar

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan penyelarasan subsidi termasuk menurunkan kuota Budi95 daripada 300 kepada 200...

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd