• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Kata Minta ‘Offset’ Bukan Rasuah

oleh
06/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, permintaan mendapatkan timbal balas atau offset, adalah sesuatu yang lumrah dalam perniagaan asalkan hasil diperoleh tidak dimasukkan poket peribadi.

Perdana Menteri berkata, permintaan untuk timbal balas atau offset itu juga dilakukan kerajaan dalam perolehan kelengkapan seperti pesawat.

“Sama ada ia dianggap sebagai rasuah atau sebaliknya, terpulang kepada anda. Kalau duit yang dapat itu masuk poket kita, itu rasuah lah.

“Tapi kalau duit itu untuk tujuan tertentu ia menjadi ‘offset’, bukan rasuah. Itu pandangan saya,” katanya kepada media selepas berucap pada Majlis Amanat dan Aspirasi Tun Dr. Mahathir Mohamad di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, pagi ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.

Dr. Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Serious Fraud Office (SFO) UK bahawa syarikat pengeluar kapal terbang, Airbus SE, memberi rasuah berjumlah AS$50 juta untuk memperoleh tempahan daripada Air Asia.

“Saya dengar ada tuduhan bahawa Air Asia terbabit rasuah, saya tidak berani membuat keputusan.

“Bagi saya, kalau kita boleh mendapatkan sesuatu (timbal balas) kerana membeli (pada) harga yang tinggi, kenapa kita tidak boleh terima (timbal balas).”

Pada 31 Januari lalu, Airbus SE dan SFO memeterai Perjanjian Pendakwaan Tertunda dengan sebagai sebahagian daripada penggantungan pendakwaan oleh SFO, Airbus bersetuju membayar sejumlah denda dan kos kepada SFO.

Airbus juga bersetuju terhadap kenyataan fakta yang dilihat memberikan implikasi kepada eksekutif AirAsia. – BH Online

Tags: AirAsiaAirAsia XMahathir Mohamadrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

Akmal Saleh Kemuka Saman Fitnah Dituduh Rasuah, Ekstremis

01/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh akan mengemukakan saman fitnah terhadap seorang tokoh politik DAP...

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd