• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Hadir Pertemuan Pemimpin BERSATU

oleh
23/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pimpinan utama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pagi ini mengadakan pertemuan di Menara Yayasan Selangor di sini.

Media sudah memenuhi pekarangan lobi bangunan menempatkan ibu pejabat BERSATU sejak jam 9 pagi, bagi menunggu mesyuarat selesai.

Setakat jam 12 tengah hari, media dimaklumkan tiada arahan untuk sebarang sidang media selepas pertemuan itu.

Terdahulu, Pengerusi BERSATU, Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba sekitar jam 9.10 pagi untuk mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

Antara pimpinan yang dilihat hadir, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Pengerusi Badan BERSATU Negeri Sembilan, Tan Sri Dr. Rais Yatim dan Ketua ARMADA BERSATU, Syed Saddiq Abdul Rahman.

Turut kelihatan menaiki bangunan ibu pejabat BERSATU, beberapa bekas Ahli Parlimen UMNO yang sudah menyertai BERSATU seperti Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin, Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee dan Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad.

Hamzah yang ditemui media di pekarangan bangunan ibu pejabat BERSATU memberitahu pertemuan masih lagi berlangsung.

“Masih berjalan. Belum habis lagi,” katanya yang dilihat meninggalkan bangunan ibu pejabat BERSATU bersama Ronald sekitar jam 11.20 pagi.

Namun, kedua-duanya enggan berkongsi inti pati pertemuan pagi ini. – BH Online

Tags: BERSATUMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

18/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa tindakan terkini Perikatan Nasional...

Hamzah Tubuh Parti Wawasan Negara Jalin Kerjasama Dengan PAS

Hamzah Tubuh Parti Wawasan Negara Jalin Kerjasama Dengan PAS

13/06/2026
0

TANAH MERAH - Bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin menubuhkan parti baharu dikenali sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd