• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Antara Punca Kemelut Politik – UMNO

oleh
27/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO mendakwa Perdana Menteri interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad, sebagai sebahagian punca kemelut politik yang menyelubungi negara ketika ini.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata justeru parti itu melihat Dr. Mahathir perlu memikul sedikit tanggungjawab terhadap kecelaruan semasa, yang menyebabkan negara ‘hilang’ kerajaan sejak empat hari lalu.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai perkara yang dilakukan Dr. Mahathir hingga disifatkan sebagai sebahagian daripada kecelaruan politik itu.

“UMNO amat memahami situasi yang sedang dilalui oleh Yang Amat Berhormat Tun (Dr. Mahathir) pada masa ini.

“Masalah yang sedang dihadapi negara pada masa ini sedikit sebanyak adalah berpunca daripada Yang Amat Berhormat Tun sendiri,” katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat bersama 180 Ketua Bahagian UMNO di Menara Dato’ Onn di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas ucapan Dr. Mahathir yang disiarkan secara langsung semalam, yang menyebut bahawa beliau sanggup menerima ahli UMNO yang keluar daripada parti itu, namun tidak dapat menerima jika UMNO menyertai kerajaan campuran sebagai sebuah parti.

Annuar berkata, kenyataan Dr. Mahathir itu menyinggung perasaan kebanyakan ahli UMNO, namun menasihatkan mereka yang terguris hati supaya kekal bersabar dan berlapang dada dengan menunjukkan sikap yang baik dan berjiwa besar.

“Kepada Tun, kami ahli UMNO doakan kesihatan yang baik dan hati yang tenang,” katanya. – BH Online

Tags: krisis politikMahathir MohamadUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS, UMNO Perlu Bertaut Kembali – Khairuddin

PAS, UMNO Perlu Bertaut Kembali – Khairuddin

09/06/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS dan UMNO perlu mencari formula terbaik untuk kembali bertaut demi memastikan masa depan Melayu dan Islam...

Kerjasama UMNO-PAS Mampu Kuasai Lebih 100 Kerusi Parlimen?

Kerjasama UMNO-PAS Mampu Kuasai Lebih 100 Kerusi Parlimen?

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah yang juga ahli PAS, Sabri Mamat menyuarakan harapan Muafakat Nasional (MN) 2.0 antara PAS dan UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd