Friday, May 24, 2024

Creating liberating content

Akur Desakan Pelbagai Pihak,...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji yang bercadang untuk menjual tanahnya di Tun...

Wilmar Raih Kejuaraan Berganda...

YAN – Pendatang baharu, Pasukan Sapura Cycling (TSC) meraih kejuaraan peringkat sulung pada...

Imigresen Serbu Acara Bola...

KUALA TERENGGANU : Sekumpulan warga asing tidak sempat menamatkan perlawanan bola sepak apabila...

Britain Dapat Kelulusan Keluar...

BRUSSELS - Parlimen Eropah memberi kelulusan kepada Britain untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU),...

LTTE: 24 Februari Urus Kes Semakan Kehakiman Pemandu Teksi

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Feb sebagai pengurusan kes bagi semakan kehakiman difailkan pemandu teksi V.Balamurugan yang berdepan lima pertuduhan berkaitan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) untuk membatalkan warta kerajaan yang menyenaraikan kumpulan itu sebagai pengganas pada 2014.   

Peguam Kanan Persekutuan, Ahmad Hanir Hambaly, mewakili Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia, memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas pengurusan kes hari ini di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Mariana Yahya, yang turut dihadiri peguam Omar Kutty dan Muhammad Farhan Ahmad Fadzil bagi pihak Balamurugan.

Ahmad Hanir berkata mahkamah menetapkan tarikh itu selepas dimaklumkan bahawa Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas tidak membantah permohonan yang difailkan Balamurugan.

Omar ketika ditemui turut mengesahkan perkara itu.

Pada 8 Januari lepas, Balamurugan memfailkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman memohon suatu perintah certiorari bagi membatalkan  serta-merta butiran mengenai LTTE di dalam Perintah Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Pengisytiharan Entiti Ditentukan Dan Kehendak Untuk Melapor) (Pindaan) 2014 bertarikh 12 November 2014.

Balamurugam memohon suatu pengisytiharaan dan/atau deklarasi bahawa butiran mengenai LTTE dalam perintah itu tidak mempunyai kesan dan tidak terpakai manakala kemasukan butiran mengenai LTTE adalah batal dan tidak sah yang mana ia adalah ‘ultra vires’ atau melangkaui Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum ini, Balamurugan, 38, mengaku tidak bersalah di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh atas empat pertuduhan iaitu memberi sokongan kepada LTTE dalam satu majlis, memiliki item-item berunsur perbuatan keganasan atau berkaitan dengan LTTE dan mempamerkan item yang berunsur perbuatan keganasan.


Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tiga lokasi iaitu di Sungai Siput Utara, Dewan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar; Perkarangan Stesen Teksi dan Taman Bukit Medan, Perak antara 28 Disember 2014 hingga 10 Oktober 2019.

Bagi pertuduhan memberi sokongan kepada LTTE, dia didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah peruntukan sama, iaitu penjara sepanjang hayat atau penjara maksimum 30 tahun, atau denda, dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk digunakan untuk melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan memiliki dan mempamerkan item, Balamurugan didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 130JB(1)(b) yang boleh dihukum di bawah peruntukan sama, iaitu penjara maksimum tujuh tahun, atau denda, dan dilucuthakkan mana-mana item terbabit.

Balamurugan juga mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali atas pertuduhan memberi sokongan kepada LTTE dengan menggunakan aplikasi Facebook atas nama ‘Balamurugan Veerasamy’ di Pejabat Pegawai Penyiasat Bahagian E8 (M) Cawangan Khas Bukit Aman, pada 10 pagi, 7 Oktober tahun lepas.

Kategori