• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lokman Mungkin Ambil Tindakan Undang-Undang

oleh
08/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang susulan pemecatannya daripada parti yang didakwa tidak mengikut prosedur.

Menurutnya, pemecatan itu menyalahi Perlembagaan UMNO kerana prosedur sepatutnya perlu dibawa kepada Lembaga Disiplin parti terlebih dahulu selain dirinya perlu diberi peluang untuk mempertahankan diri.

Bagaimanapun katanya, disebabkan terdapat satu klausa dalam UMNO yang mengatakan keputusan MKT adalah muktamad, maka pihak terlibat berkuasa memecat beliau tanpa perlu merujuk kepada Lembaga Disiplin.

“Cuma apa yang berlaku ketika Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid (Hamidi) mengatakan saya dicadangkan oleh Biro Politik untuk dipecat dan meminta supaya ahli MKT memilih sama ada untuk memecat atau menggantung saya, yang mengundi termasuklah pengerusi-pengerusi perhubungan UMNO negeri yang tidak ada kuasa mengundi.

“Rata-rata pengerusi perhubungan UMNO negeri juga adalah lantikan dan bukan MKT UMNO,” katanya kepada Sinar Harian menerusi aplikasi WhatsApp.

Katanya, disebabkan itu, parti sebenarnya sudah membuat satu kesalahan dari sudut Perlembagaan UMNO.

“Saya akan bincang dengan peguam sama ada akan ambil tindakan undang-undang atau tidak tetapi buat masa ini belum ada hajat mahu panjangkan cerita ini,” katanya.

Semalam, Lokman dipecat daripada parti susulan pendedahannya sebelum ini mendakwa wujud gerakan bagi menggabungkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO.

Sementara itu, ahli MKT, Datuk Dr. Puad Zarkashi menerusi Facebooknya turut mendakwa Lokman dipecat daripada UMNO tanpa mengikut saluran yang betul apabila keputusan itu dibuat MKT atas syor Biro Politik bukan Lembaga Disiplin parti itu.

Dalam perkembangan lain, mengulas berhubung perancangan selepas dipecat, Lokman berkata, beliau akan melancarkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baharu iaitu Laskar Siber Malaysia serta bertindak sebagai presiden.

“Saya akan teruskan usaha untuk membangkitkan kesedaran rakyat terhadap kepincangan yang dilakukan kerajaan Pakatan Harapan (PH) khususnya pemimpin mereka, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Segala usaha ini kita akan perhebatkan melalui media sosial seperti Facebook, Instagram, YouTube, aplikasi Telegram dan sebagainya,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Lokman Noor AdamUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pas tidak menghalang usaha perpaduan Melayu dan Islam, namun menolak perpaduan yang menurut parti itu tidak mendaulatkan...

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sempena Sambutan Ulang Tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd