• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kumpulan Azmin Sertai BERSATU

oleh
28/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 10 bekas Ahli Parlimen PKR yang diketuai Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dipercayai menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), berkuat kuasa hari ini.

Sumber dalaman parti mengesahkan perkara itu, yang mana Ahli Parlimen berkenaan turut bersetuju dengan pencalonan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri kelapan yang akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Selain Mohamed Azmin, turut menyertai BERSATU ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Baru Bian (Selangau), Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Ali Biju (Saratok) dan Willie Mongin (Puncak Borneo).

Seorang lagi, Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr Santhara Kumar menjadi ahli bersekutu parti itu.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yassin antara kumpulan 11 diterajui Mohamed Azmin yang mengisytiharkan meninggalkan PKR.

Namun, difahamkan Jonathan tidak hadir ke mesyuarat Ahli Dewan Rakyat BERSATU di Yayasan Al-Bukhary hari ini, malah tidak menghantar sebarang permohonan menyertai parti itu.

Dengan perkembangan terbaharu itu, bermakna hanya 10 Ahli Parlimen PKR yang keluar parti setakat ini sejak kemelut politik semakin panas bermula Ahad lalu. – BH Online

Tags: Ahli Parlimen PKRBERSATUMohamed Azmin Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi menyifatkan pemecatan beliau oleh Parti...

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempelawa pimpinan dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd