• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPM Akan Kaji Pelaksanaan PPSMI Dalam Masa Terdekat

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Saranan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), akan dikaji oleh Kementerian Pendidikan (KPM) dalam masa terdekat.

KPM dalam satu kenyataan menyebut bahawa sambil mengambil baik saranan itu, kajian yang dilakukan akan dibawa kepada pertimbangan Jemaah Menteri sebelum pelaksanaannya

“Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris bukanlah perkara baharu dalam sistem pendidikan kebangsaan.

“Walaupun KPM telah memansuhkannya secara berperingkat-peringkat mulai 2012, namun Program Dwibahasa (DLP) yang diperkenalkan pada 2016 tetap memberi pilihan kepada sekolah untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

“Sehingga Januari 2020, sebanyak 2,292 sekolah di seluruh negara telah melaksanakan DLP,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa Dr. Mahathir merangkap pemangku Menteri Pendidikan telah menyatakan pandangan beliau berhubung kepentingan murid mempelajari mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Pandangan itu dilontarkan Dr. Mahathir dalam sesi pertemuan dengan pengurusan tertinggi KPM pada 30 Januari lalu.

“Dr. Mahathir berpendirian bahawa pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris adalah amat penting kerana pengetahuan serta bahan rujukan bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut banyak diterbitkan dalam bahasa Inggeris,” menurut kenyataan itu.

Dr. Mahathir semalam dilaporkan sebagai berkata bahawa kerajaan masih menimbang sama ada untuk melaksanakan semula PPSMI dan keputusannya akan dibuat mengikut pendapat majoriti anggota Kabinet.

Tags: KPMMahathir MohamadPPSMI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mana Pergi Dasar Keselamatan Dan Antibuli KPM? – Afnan Hamimi

Mana Pergi Dasar Keselamatan Dan Antibuli KPM? – Afnan Hamimi

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden mempersoalkan sejauh mana dasar keselamatan dan antibuli Kementerian Pendidikan...

MITI Nafi Terlibat Keputusan Gugur Syarat 30% Ekuiti Bumiputera Bagi IPS Seperti Didakwa KPM

MITI Nafi Terlibat Keputusan Gugur Syarat 30% Ekuiti Bumiputera Bagi IPS Seperti Didakwa KPM

22/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjelaskan pihaknya tidak mempunyai maklumat berhubung isu pelarasan syarat pemilikan ekuiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd