• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Koronavirus: Sekatan Perjalanan Pelancong China Diperluas

oleh
07/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sekatan perjalanan ke Malaysia, yang kini dikenakan ke atas pelawat China dari Wilayah Hubei termasuk Wuhan, akan diperluaskan meliputi wilayah lain setelah dikenakan sekatan pergerakan keluar masuk (lockdown) oleh kerajaan China.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan malam ini, berkata, langkah itu diputuskan setelah mengambil kira status semasa berhubung wabak novel koronavirus 2019 (2019-nCoV).

“Jabatan Imigresen akan mengambil tindakan sekatan perjalanan sebaik sahaja kerajaan China mengisytiharkan sesebuah wilayah di ‘lockdown’,” kata Dr. Wan Azizah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara.

Dr. Wan Azizah berkata kawalan sempadan negara juga akan diperketatkan lagi dengan menambah bilangan mesin pengimbas suhu badan dan makmal untuk mempercepatkan keputusan sampel.

Beliau berkata, selain hospital kerajaan, Kementerian Kesihatan akan memperluaskan kemudahan menjalankan ujian pengesanan 2019-nCoV selain dari 18 makmal Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK), empat Makmal Kesihatan Awam di negeri dan 12 makmal hospital kerajaan seluruh negara kepada makmal swasta. 

Beliau yang mempengerusikan mesyuarat khas mengenai jangkitan novel koronavirus di Putrajaya petang tadi, berkata Kementerian Luar juga sedang menyelaraskan 212 kakitangan tertentu dari Kedutaan/Konsulat Jeneral untuk balik ke Malaysia dengan segera. 

Setibanya mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), beliau berkata mereka akan dibawa ke tempat pemeriksaan kesihatan untuk menjalani saringan kesihatan termasuk pengambilan sampel klinikal.    

“Mereka yang mempunyai gejala akan terus dibawa ke hospital manakala yang tiada gejala akan dibenarkan pulang dan diletakkan di bawah pengawasan dan pemantauan untuk tempoh selama 14 hari. 

“Mereka dikehendaki segera melaporkan diri ke klinik atau hospital berdekatan jika mempunyai gejala  seperti batuk, selesema, demam, sesak nafas atau masalah kesihatan yang lain,” katanya.

Beliau berkata, sehingga pukul 8.00 malam ini, 10 orang (dua keluarga) kakitangan tertentu berkenaan daripada Guangzhou telah tiba di KLIA dan dibawa ke tempat pemeriksaan kesihatan untuk menjalani saringan kesihatan. 

Beliau berkata, mereka telah dibenarkan pulang ke rumah untuk menjalani proses pengawasan dan pemantauan.

Dr. Wan Azizah berkata kerajaan juga sedia membantu 34 warganegara Malaysia di Wuhan yang tidak dapat kembali ke Malaysia bersama 107 yang dibawa pulang pada 4 Februari lepas.

Bagaimanapun, beliau berkata pada masa ini mereka tidak boleh keluar dari wilayah tersebut, berikutan sekatan keluar masuk yang dikenakan oleh kerajaan China. 

Dalam pada itu, beliau berkata penganjuran program atau aktiviti rasmi di tempat awam masih boleh diteruskan kecuali pihak penganjur sendiri berhasrat untuk membatalkannya.

Setakat ini, dilaporkan terdapat 27,636 kes koronavirus di seluruh dunia dengan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 564 orang. 

Di Malaysia, terdapat 14 kes yang dikesan positif koronavirus.

Tags: 2019-nCoVChinahubeikoronaviruswuhan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Korban Koronavirus Di China Meningkat 636 Orang

Next Post

Lokman Tak Akan Hadir Mesyuarat MKT UMNO Petang Ini

Related Posts

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

2 Kontena Dari China Ditahan, JKDM Rampas Vape Lebih RM5.14 Juta

05/06/2025
0

Butterworth: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 86,086 unit peranti rokok elektronik (vape) dan 996.5 liter cecair bernilai lebih RM5.14...

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Next Post

Lokman Tak Akan Hadir Mesyuarat MKT UMNO Petang Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd