• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kontak Rapat Kes Ke-18 Positif Koronavirus Berjaya Dikesan

oleh
10/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seramai 22 individu yang merupakan kontak rapat kepada kes 18 positif koronavirus di Kuala Langat telah berjaya dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, daripada jumlah itu tiga individu merupakan ahli keluarga lelaki berusia 31 tahun tersebut iaitu ibu, adik dan sepupu.

“19 individu lagi merupakan anggota kesihatan yang merawat lelaki berkenaan tanpa memakai peralatan pelindung diri,” katanya.

Menurutnya, sampel telah diambil bagi ketiga-tiga ahli keluarga itu untuk ujian pengesanan saringan.

“Kita juga sedang mengambil sampel daripada anggota perubatan yang merawatnya,” katanya.

Setakat jam 10 pagi tadi, seramai 18 kes positif koronavirus disahkan termasuk tiga daripadanya telah pulih dan dibenarkan pulang.

Pagi tadi, KKM mengesahkan penambahan kes positif ke 18 melibatkan rakyat tempatan yang bekerja di Macau, China dan mempunyai sejarah perjalanan melawat ke tanah besar China sebelum kembali ke Malaysia pada 1 Februari.

Beliau berkata, kesemua pesakit berada dalam keadaan stabil termasuk rakyat tempatan yang sedang menerima rawatan.

“Setakat ini mereka semua masih dalam keadaan stabil,” katanya pada sidang media perkembangan terkini wabak koronavirus di kementeriannya di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau menasihati semua warga KKM untuk lebih peka kepada situasi semasa berkaitan koronavirus bagi memperkukuhkan kesiapsiagaan dan respon terhadap penyakit ini.

“Orang awam juga dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pengamal perubatan sekiranya bergejala dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan ke negara China,” katanya.

Mengulas mengenai kemungkinan arahan bekerja dari rumah dikeluarkan oleh kerajaan, Dr Dzulkefly berkata, situasi semasa masih terkawal.

“Kementerian belum menemui indikasi yang menuntut langkah bekerja dari rumah di kuatkuasakan di negara ini.

“Kita belum sampai ke tahap itu namun kepada syarikat, ia terpulang kepada mereka untuk melaksanakan langkah tersebut,” katanya.

Menurutnya, Malaysia mempunyai fasa tertentu sebelum sesuatu amaran seumpama itu dikeluarkan.

“Kita ada empat fasa iaitu fasa amaran, pembendungan awal, pembendungan akhir sebelum langkah mitigasi dilaksanakan.

“Ketika ini kita masih di tahap pembendungan awal,” katanya. – Sinar Harian

Tags: ChinaKKMkoronaviruswabak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mahdzir Yakin Rosmah Terlibat Dapatkan Projek Solar Hibrid

Next Post

Mahkamah Tolak Permohonan Exco Perak Pindah Kes Rogol

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Gesa KKM Tempatkan Segera Petugas Kesihatan Di Hospital Pasir Gudang

Tunku Mahkota Ismail Gesa KKM Tempatkan Segera Petugas Kesihatan Di Hospital Pasir Gudang

08/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menitahkan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya tindakan segera dapat diambil untuk menempatkan petugas...

KKM Di Peringkat Akhir Selesai Isu Pesakit Menunggu Lama Di Hospital Kerajaan

KKM Di Peringkat Akhir Selesai Isu Pesakit Menunggu Lama Di Hospital Kerajaan

05/07/2025
0

Putrajaya: Kementerian Kesihatan (KKM) kini di peringkat akhir dalam usaha menyelesaikan isu pesakit terpaksa menunggu lama sehingga melebihi enam jam...

Next Post

Mahkamah Tolak Permohonan Exco Perak Pindah Kes Rogol

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd