• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Klip Audio: Najib, Rosmah Akan Dipanggil Beri Keterangan

oleh
05/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA TENGAH – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan dipanggil memberi keterangan berhubung sembilan set rakaman perbualan dengan bekas Ketua Persuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad bulan lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, setakat ini proses berkenaan sedang dilakukan dan berharap laporan lengkap kes itu dapat dipercepatkan untuk diserahkan kepada pejabat Peguam Negara.

“Kita sedang berusaha melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada Peguam Negara,” katanya kepada media selepas istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Melaka Tengah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang di sini hari ini.

SPRM sebelum ini mendedahkan nama 20 individu termasuk Najib, Rosmah dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang dirakam perbualannya, sama ada terbabit dalam perbualan atau disebut mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn. Bhd. (SRC).

Ia turut membabitkan beberapa tokoh kenamaan asing yang diperoleh daripada sembilan set rakaman perbualan 45 minit yang diperdengarkan SPRM pada satu sidang media. – Sinar Harian

Tags: Najib Tun RazakPDRMrakaman audioRosmah MansorSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Panggil Musa Hassan Isu Kait DAP Dengan Komunis

Next Post

Safiq Cabar Liridon Pamer ‘Taring’ Bersama Harimau Malaya

Related Posts

Pelbagai Soalan Serius Wujud Mengenai Rancangan SPRM Lucut Hak Aset Daim

Pelbagai Soalan Serius Wujud Mengenai Rancangan SPRM Lucut Hak Aset Daim

29/05/2025
0

PETALING JAYA: Walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kekal 'teguh' dalam usaha untuk melucut hak aset milik bekas Menteri Kewangan,...

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

‘Duit Dirampas Dalam Kes Ismail Sabri Paling Banyak Pernah Dilihat Sepanjang Karier Saya’ – Azam Baki

28/05/2025
0

KAJANG: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengakui rampasan wang tunai bernilai RM177 juta dalam...

Next Post

Safiq Cabar Liridon Pamer 'Taring' Bersama Harimau Malaya

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd