Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

Zizan Razak Buka Kedai...

WALAUPUN dirinya terpalit dengan pelbagai cerita kontroversi, itu tidak menghalang pelawak terkenal, Zizan...

Pasangan Lesbian Jalani Hukuman...

KUALA TERENGGANU - Hukuman sebatan di khalayak umum yang dikenakan terhadap pasangan kekasih...

Hartawan ‘Bakhil’ Pengasas IKEA...

STOCKHOLM - Bayangkanlah hartawan dan pengasas syarikat penjual perabot IKEA, mengakui beliau amat...

Ibrahim Ali Kecam Tindakan...

DALAM satu kenyataan hari ini, Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) turut sama mengecam...

Kerajaan, MKN Kemuka Bantahan Awal Terhadap Saman Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengemukakan bantahan awal terhadap saman pemula yang difailkan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mencabar pelaksanaan Akta MKN 2016.

Perkara itu dimaklumkan peguam J. Leela yang mewakili Anwar selaku plaintif, selepas pengurusan kes di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Nordin Hassan yang turut dihadiri Peguam Kanan Persekutuan, Alice Loke Yee Ching bertindak bagi pihak kerajaan Malaysia dan MKN.

Leela berkata, kerajaan Malaysia dan MKN selaku defendan mengemukakan bantahan awal berkenaan secara lisan pada pengurusan kes hari ini dan mahkamah menetapkan 4 Jun untuk mendengar bantahan itu.

“Mahkamah juga menetapkan tarikh yang sama (4 Jun) untuk pendengaran saman pemula yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya kepada pemberita.

Mahkamah Persekutuan pada 11 Februari lepas enggan menjawab persoalan perlembagaan yang dikemukakan Anwar mengenai kesahihan Akta MKN 2016.

Panel tujuh hakim dalam keputusan majoriti 5-2, memutuskan ia bukan kes yang sepatutnya bagi mahkamah itu untuk menjawab persoalan perlembagaan kerana soalan yang dirujuk adalah abstrak dan akademik.


Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan yang menyampaikan keputusan majoriti itu, memerintahkan kes berkenaan dikembalikan semula ke Mahkamah Tinggi.

Dalam saman pemula yang difailkan pada 2 Ogos 2016, Anwar mendakwa bahawa pelaksanaan Akta MKN 2016 adalah melanggar perlembagaan, tidak sah dan batal.

Beliau memohon untuk mengisytiharkan Akta MKN melanggar perlembagaan dalam usaha mengembalikan kuasa Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan terhadap mana-mana undang- undang.

Pada 14 Mac tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Anwar mengikut Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 untuk merujuk perkara itu ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan empat persoalan perlembagaan.

Kategori