• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kami Mahu Gagalkan Konspirasi Jatuhkan Mahathir”

oleh
25/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan 11 bekas Ahli Parlimen PKR yang keluar daripada parti itu dan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk gabungan baharu, menegaskan mereka bukan pengkhianat seperti dituduh beberapa pihak.

Sebaliknya, kumpulan itu mendakwa pihak yang berusaha mengubah Perdana Menteri di tengah-tengah penggal adalah pengkhianat sebenar kerana mementingkan kuasa berbanding melaksanakan dasar kerajaan.

Dalam satu kenyataan bersama yang diketuai Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, tindakan mereka adalah perlu bagi menggagalkan konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di tengah-tengah penggal.

Kumpulan itu percaya, peralihan kuasa sedemikian akan menggugat kesinambungan dasar dan persepsi rakyat terhadap PH, manakala kempen menyingkirkan Dr. Mahathir pula menghakis keyakinan rakyat dan pelabur terhadap kewibawaan kerajaan PH.

“Kami yakin bahawa percubaan memaksa Perdana Menteri menentukan tarikh peralihan kuasa sebagai usaha jahat untuk menjadikan Perdana Menteri sebagai “lame duck PM” (Perdana Menteri tanpa kuasa).

“Justeru itu, kami mengambil langkah proaktif untuk menggagalkan konspirasi bagi menjatuhkan Perdana Menteri di tengah-tengah penggal.

“Langkah yang kami lakukan adalah untuk menjamin keyakinan rakyat dan pelabur terhadap kestabilan dan kelangsungan dasar kerajaan bertujuan meningkat tahap sosio-ekonomi rakyat seperti yang terkandung dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

“Usaha kami terbukti benar apabila pihak tersebut kini sedar kesalahan mereka, berdasarkan kenyataan mereka menyokong Dr. Mahathir meneruskan tugasnya sebagai Perdana Menteri hingga akhir penggal,” kata kenyataan itu, hari ini.

Selain Mohamed Azmin, turut dinamakan dalam kenyataan itu adalah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin; Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah; Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamaruddin Jaffar.

Selain itu, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman; Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Rashid Hasnon, Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr Santhara Kumar; Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju, Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin dan Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin.

Terdahulu, semua 11 Ahli Parlimen itu mengadakan mesyuarat di sebuah hotel di Damansara di sini, dipercayai bagi membincangkan percaturan seterusnya, termasuk kemungkinan menubuhkan parti baharu.

Mereka turut dipercayai membincangkan langkah susulan mereka selepas Dr Mahathir yang meletakkan jawatan tengah hari tadi, dilantik sebagai Perdana Menteri interim.

Menurut pihak yang rapat dengan kumpulan berkenaan, mereka menjangka sesuatu yang besar akan berlaku di Istana Negara esok, namun enggan mengulas lanjut. – BH Online

Tags: Mahathir MohamadMohamed Azmin Alipakatan harapanPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor masih mengingati tindakan Pakatan Harapan (PH) membatalkan banyak projek mega yang sepatutnya memanfaatkan negeri ini...

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

MB Johor Onn Hafiz Sedang Berdepan Modus Operandi ‘Pembunuhan Karakter’ – Hafiz Ariffin

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sedang berdepan dengan modus operandi 'pembunuhan karakter' oleh Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd