• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangkitan Covid-19 Hampir 10 Kali Ganda Di Hubei

oleh
13/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Penggunaan metodologi baharu untuk diagnosis koronavirus (Covid-19) menyaksikan peningkatan kes jangkitan hampir 10 kali ganda dilaporkan di wilayah Hubei di China hari ini berbanding semalam.

Peningkatan itu sekali gus mencetuskan tanda tanya tentang skala sebenar krisis tersebut selepas ia dilaporkan terkawal beberapa hari lalu.

Secara keseluruhan, sebanyak 14,480 kes baharu dilaporkan dan 13,332 daripadanya dikesan daripada kategori diagnosis klinikal baharu menggunakan imbasan tomografi berkomputer (CT).

Jumlah kematian di Hubei juga meningkat kepada 242 kes dan 135 daripadanya didiagnos menggunakan kaedah baharu tersebut.

Kaedah baharu itu digunakan selepas Suruhanjaya Kesihatan pada minggu lalu memaklumkan ia akan mula menggunakan keputusan imbasan CT bersama ujian asid ribonukleik (RNA) untuk membolehkan hospital mengasingkan pesakit dengan lebih cepat.

Susulan itu, pihak berkuasa memberitahu ia kini menyemak semula data lama dan penilaian kes yang disyaki sebelum ini.

Suruhanjaya Kesihatan Hubei berkata, perubahan dilakukan itu bermakna pesakit kini boleh mendapatkan rawatan lebih cepat dan konsisten.

Pengimejan paru-paru menerusi imbasan CT itu membolehkan pesakit dirawat secepat mungkin dan meningkatkan peluang mereka untuk sembuh.

Sebelum ini, Hubei hanya membenarkan kes jangkitan disahkan oleh ujian RNA yang mengambil masa beberapa hari untuk disahkan hingga menyebabkan rawatan terpaksa ditangguhkan.

Selain itu, kebanyakan pesakit yang mempunyai simptom radang paru-paru seperti dikesan imbasan CT tidak dapat disahkan positif Covid-19 tanpa ujian RNA.

Keberkesanan ujian RNA untuk mengenal pasti virus itu menerusi urutan genetik spesifik pernah mencetuskan tanda tanya banyak pihak sejak krisis tersebut bermula pada bulan lalu. – Agensi

Tags: ChinaCovid-19hubeikoronavirus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd