• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasil Ujian Klinikal Penawar Covid-19 3 Minggu Lagi – WHO

oleh
21/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis mengatakan keputusan awal ujian klinikal penawar penyakit COVID-19 dijangka diketahui dalam tempoh tiga minggu lagi, lapor agensi berita Xinhua.

“Kami masih menantikan keputusan dua ujian klinikal yang dilakukan unit penyelidikan dan pembangunan (R&D) WHO,” kata Ketua Pengarah badan kesihatan dunia itu, Tedros Adhanom Ghebreyesus pada taklimat harian.

“Satu ujian klinikal itu menggabungkan dua ubat untuk HIV, Lopinavir dan Ritonavir, satu lagi ujian antivirus dipanggil Remdesivir. Kami menjangkakan paling awal keputusan dapat diperoleh dalam tempoh tiga minggu,” katanya.

Remdesivir dihasilkan syarikat gergasi farmaseutikal biotek Gilead Sciences bagi merawat jangkitan virus Ebola dan Marburg. Bagaimanapun ia turut menunjukkan potensi sebagai agen antivirus melawan koronavirus seperti SARS (sindrom pernafasan akut teruk) dalam kajian yang dijalankan ke atas jangkitan dalam tikus dan monyet.

Antivirus itu didapati menghalang koronavirus daripada membiak setelah memasuki tubuh.

Satu kajian yang diterbitkan pada 2004, mendapati gabungan ubat antiHIV Lopinavir dan Ritonavir mempunyai “manfaat klinikal yang penting” apabila diberikan kepada pesakit SARS. Di Hospital Jinyintan, Wuhan, kumpulan pertama seramai 41 pesakit dirawat menggunakan gabungan ubat tersebut.

Versi ketiga buku garis panduan rawatan COVID-19 yang diterbitkan Suruhanjaya Kesihatan China mencadangkan pengambilan dua pil Lopinavir/Ritonavir dan menyedut ubat alpha interferon dua kali sehari boleh memberi manfaat kepada pesakit.

Tags: ChinaCovid-19koronaviruswho
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd