• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guan Eng Gagal Ramal Pertumbuhan Ekonomi – Tok Mat

oleh
12/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – UMNO berkata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak dapat meramalkan pertumbuhan ekonomi secara realistik dan objektif selepas kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku terakhir 2019 dilaporkan paling perlahan sejak suku ke-2 2016.

Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan berkata ia juga membuktikan Lim terlalu optimis dalam meramal ekonomi.

“Prestasi ini jauh lebih rendah daripada ramalan menteri kewangan PH sebanyak 4.9% (dalam ucapan Belanjawan 2019) dan juga tersasar dari ramalan dalam ucapan Belanjawan 2020, iaitu 4.7%,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohamad berkata Belanjawan Negara 2019 tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna kerana hasil kerajaan tidak dapat menepati sasaran.

Maka, rakyat tidak dapat menikmati janji-janji yang ditabur dalam belanjawan secara sepenuhnya.

Beliau juga mempersoalkan unjuran Guan Eng bahawa ekonomi akan berkembang lebih pesat pada 2020 iaitu sebanyak 4.8% memandangkan unjuran 2019 tidak berlaku untuk 2 tahun berturut-turut.

“Yang lebih membimbangkan lagi, ekonomi negara kini diimpak besar oleh wabak koronavirus. Adakah kerajaan PH masih terlalu optimistik sehingga tidak bersedia untuk menangani isu aliran tunai operasi perniagaan?”

Hari ini, Bank Negara berkata wabak koronavirus, yang mulai hari ini dinamakan Covid-19, akan memberi kesan pada pertumbuhan keluaran dalam negara domestik bagi suku pertama 2020.

Gabenor Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata wabak itu – yang sudah meragut lebih 1,000 nyawa – akan memberi kesan pada industri pelancongan, termasuk perbelanjaan ke atas hotel, runcit, pengangkutan, dan restoran.

Ekonomi negara pada tahun lalu bertumbuh pada kadar 4.3%. Pada 2018, ia berada pada 4.7%. Bagi suku ke-4 2019, ekonomi bertumbuh 3.6%, yang terendah sejak suku ke-3 2009.

Sebelum ini, Putrajaya mengekalkan sasaran pertumbuhan KDNK 4.8% tahun ini. – FMT

Tags: Ekonomi MalaysiaLim Guan EngMohamad Hasan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd