• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GPS Dijangka Bincang Agenda Penting Di KL

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, dijangka membincangkan suatu ‘perkara besar’ dengan semua Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS), hari ini.

Abang Johari yang juga Pengerusi GPS dijangka bertemu barisan Ahli Parlimen terbabit di sebuah hotel di Kuala Lumpur, petang ini.

Seorang Ahli Parlimen GPS yang enggan namanya disiarkan, ketika dihubungi mengaku ada agenda penting yang akan dibincangkan.

Beliau bagaimanapun enggan menjelas lanjut.

“Jika tiada angin, masakan pokok bergoyang. Dalam maksudnya, namun mudah untuk anda fahami dan tafsir,” katanya.

Ketika ditanya mengenai Ahli Parlimen GPS dikatakan diarah supaya ‘bersedia’, malah difahamkan mereka diminta menyediakan songkok dan pakaian sut pula, beliau enggan menjelaskan perkara itu.

Sementara itu, sumber yang rapat dengan Abang Johari berkata, perjumpaan berkenaan hanya mesyuarat rutin menjelang persidangan Dewan Rakyat.

“Ini biasa (perjumpaan) dilakukan oleh Ketua Menteri setiap kali sebelum Ahli Parlimen GPS menghadiri persidangan,” katanya ringkas.

GPS mempunyai 19 kerusi di Dewan Rakyat dengan Ketua Whip disandang Datuk Seri Fadillah Yusof.

Daripada jumlah itu, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mempunyai 13 kerusi; Parti Rakyat Sarawak (PRS) – tiga; Parti Demokratik Progresif (PDP) – dua; dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) – satu. – BH Online

Tags: GPSsarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan khas secara tetap bagi Pegawai Perubatan Gred UD10 untuk mengisi...

DUN Sarawak Bubar, PRN Bakal Berlangsung

DUN Sarawak Bubar, PRN Bakal Berlangsung

23/10/2026
0

KUCHING - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubar pada Isnin depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd