• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Doktor Terawal Beri Amaran Coronavirus Meninggal Dunia

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHANGHAI/BEIJING – Seorang doktor di China yang merupakan antara terawal memberi amaran mengenai ancaman coronavirus baharu, meninggal dunia pada Jumaat akibat wabak itu.

Kematian Li Wenliang, 34, yang bertugas sebagai pakar mata di sebuah hospital di Wuhan, diratapi dalam media sosial ketika Beijing mengisytiharkan ‘perang rakyat’ terhadap wabak yang menular dengan pantas itu.

Wenliang dan tujuh individu lagi ditahan polis Wuhan, bulan lalu, kerana didakwa menyebarkan maklumat ‘palsu dan haram’ mengenai coronavirus selepas beliau memberi amaran kepada doktor melalui media sosial mengenai tujuh kes jangkitan virus misteri baharu untuk cuba membantu.

Dalam media sosial, ramai rakyat China menyifatkan Wenliang sebagai wira dan mangsa tragik, menggambarkan ketidakcekapan pihak berkuasa tempatan dalam menangani kemunculan virus itu pada peringkat awal wabak.

Pada Jumaat, wilayah Hubei di mana terletaknya Wuhan, melaporkan 69 kematian baharu, menjadikan jumlah korban coronavirus di China kini mencecah lebih 600 mangsa.

Ia turut melaporkan hampir 2,500 kes baharu, menjadikan jumlah jangkitan di China kini melebihi 30,000, menurut siaran televisyen negara ini.

Presiden China, Xi Jinping, berusaha untuk meyakinkan rakyatnya dan dunia bahawa China akan mengatasi wabak coronavirus.

“Seluruh negara telah bertindak balas dengan segala kekuatan melalui langkah kawalan dan pencegahan paling teliti serta ketat, memulakan satu perang rakyat untuk kawalan dan pencegahan epidemik,” agensi berita Xinhua memetik beliau berkata demikian dalam perbualan telefon dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud. – Agensi

Tags: Chinacoronavirusdoktormeninggal dunia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tengku Puteri Zainah, Bekas Isteri Najib Razak Meninggal Dunia

Tengku Puteri Zainah, Bekas Isteri Najib Razak Meninggal Dunia

05/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas isteri kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, 65, dilaporkan meninggal dunia...

1,252 Doktor Berjawatan Tetap Letak Jawatan Sejak 2024

1,252 Doktor Berjawatan Tetap Letak Jawatan Sejak 2024

24/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan melaksanakan strategi pengekalan doktor yang komprehensif susulan peletakan jawatan 3,510 pegawai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd