• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Rakyat Pilih PM Baharu Isnin Ini

oleh
27/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERDANA Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad memaklumkan Dewan Rakyat akan bersidang pada 2 Mac ini bagi menentukan calon Perdana Menteri kelapan.

Mahathir berkata, Dewan Rakyat adalah forum terbaik untuk mendapat keputusan itu memandangkan pertemuan Ahli Parlimen dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak mendapat pendirian majoriti.

“Disebabkan itu, forum terbaik adalah Dewan Rakyat untuk tentukan siapa yang mendapat sokongan majoriti sebagai Perdana Menteri.

“Namun, jika Dewan Rakyat gagal mendapatkan seseorang dengan sokongan majoriti, maka pilihan raya perlu diadakan,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020, di Putrajaya, hari ini.

Mahathir juga bersetuju jika Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin diangkat sebagai Perdana Menteri kelapan.

Menurutnya, jawatan itu boleh disandang Muhyiddin sekiranya mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Selasa lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Dr. Mahathir sebagai perdana menteri interim, selepas menerima peletakan jawatannya.

Pejabat Perdana Menteri mengumumkan dalam satu kenyataan bahawa Dr. Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri ketujuh dan surat dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong pada 1 tengah hari.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan semalam memaklumkan Seri Paduka berkenan melantik Dr. Mahathir sebagai perdana menteri interim, sementara menunggu pelantikan perdana menteri yang baharu selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan. – myMetro Online

Tags: Ahli ParlimenDewan RakyatMahathir MohamadPerdana Menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

Tiada Tokoh Lain Mempunyai Pengaruh Setanding PMX Anwar Di Peringkat Antarabangsa

Tiada Tokoh Lain Mempunyai Pengaruh Setanding PMX Anwar Di Peringkat Antarabangsa

18/06/2026
0

SEREMBAN - "Jika bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi Perdana Menteri, siapakah tokoh lain mempunyai pengaruh dan pengiktirafan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd