• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mesyuarat PKR Tanpa Kumpulan Azmin

oleh
24/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – PKR mengadakan mesyuarat khas hari ini susulan perkembangan politik semasa tanah air tanpa kehadiran pemimpin yang berada di kem Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mesyuarat dipengerusikan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat parti itu, di sini.

Bagaimanapun, kelibat kumpulan pemimpin yang dikaitkan dengan Mohamed Azmin tidak kelihatan.

Antara yang hadir ialah Pengerusi Majlis Penasihat PKR yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah, Datuk Johari Abdul; Pengerusi MPN Pahang, Fuziah Salleh; Pengerusi MPN Negeri Sembilan, Aminudin Harun.

Yang lain ialah Pengerusi MPN PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh serta Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Turut kelihatan, Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil; Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid; Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Dr. Tan Yee Kew.

Johari ketika ditanya sama ada usul pemecatan pemimpin tertentu dijangka dibincangkan dalam mesyuarat hari ini, beliau menafikan hal itu.

“Hal itu tak berbangkit. Ini mesyuarat biasa. Nak bincang apa yang sedang jadi sekarang (keadaan politik),” katanya sambil memaklumkan perkembangan yang berlaku sedikit mengecewakan banyak pihak termasuk pimpinan PKR.

Satu sidang media juga dijangka diadakan selepas tamat mesyuarat. – BH Online

Tags: Mohamed Azmin AliPKRpolitik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

09/08/2026
0

PETALING JAYA - Ketua Pemuda MCA Petaling Jaya, Andy Teoh Tuck Wah turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa menyalurkan peruntukan...

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

07/08/2026
0

PASIR PUTEH - Semua pihak diminta tidak berasa khuatir dengan isu perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu membabitkan kerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd