• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dah Jadi Kerajaan Tapi Masih Mahu Turun Ke Jalanan

oleh
17/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AMPANG – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Zuraida Kamaruddin menyifatkan bayangan ‘pelan B’ dinyatakan pemimpin parti itu bagi memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik Perdana Menteri kelapan sebagai ‘menyedihkan’.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, walaupun ia adalah hak demokrasi, tindakan berkenaan tidak mencerminkan sikap wakil rakyat kerajaan.

“Tidak mengapa. Ini adalah sistem demokrasi, semua orang boleh lakukan apa yang mereka mahu.

“Tapi menyedihkan jika melihat walaupun sudah menjadi kerajaan tetapi masih mahu turun ke jalanan. Seolah-olah masih tidak boleh berkelakuan seperti kerajaan hari ini,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parlimen Ampang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa di sini semalam.

Zuraida diminta mengulas kenyataan bekas Bendahari PKR, William Leong yang menyatakan sekarang adalah masa untuk menggunakan ‘pelan B’ bagi memastikan berlaku peralihan kuasa Perdana Menteri kepada Anwar.

Sebuah portal berita melaporkan, William yang juga Ahli Parlimen Selayang berkata, adalah penting mendapatkan pandangan awam sebagai tekanan untuk kerajaan kembali ke landasan.

“Ini masa untuk pelan B dikeluarkan, suara rakyat itu penting, kita nakkan pandangan awam, ia adalah tekanan pandangan untuk kerajaan kembali kepada landasan.

“Kita sudah turun ke jalan raya sebelum ini. Bukan saya mahu suruh mereka turun tapi kita mahukan semangat,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Anwar IbrahimPerdana MenteriZuraida Kamaruddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Petik Ayat Al-Quran Surah An-Nisa Rayu Beri Kemenangan PH

PM Anwar Petik Ayat Al-Quran Surah An-Nisa Rayu Beri Kemenangan PH

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu kepada rakyat Johor supaya memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH)...

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd