• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, December 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

China Mahu Negara Lain Tarik Balik Larangan Penerbangan

oleh
13/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Pihak berkuasa penerbangan China berharap beberapa negara tertentu menarik balik larangan perjalanan untuk melancarkan perjalanan rentas sempadan, lapor agensi berita Xinhua.

Pegawai Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC), Liang Nan berkata sektor penerbangan awam China bersedia bekerjasama dengan negara lain dan mengambil langkah kawalan epidemik yang ketat untuk menjaga kesihatan penumpang.

Penularan novel koronavirus (COVID-19), pertama kali dikesan di pusat bandar Wuhan, China, menyebabkan operasi penerbangan antarabangsa terjejas apabila kebanyakan syarikat membatalkan penerbangan, berikutan permintaan yang semakin merosot.

CAAC memahami mengapa keputusan itu perlu diambil. Pada masa sama, CAAC mengadakan dan meluluskan penerbangan sewa khas untuk mengangkut penumpang yang terkandas, membabitkan warga China dan warga asing, kata Liang.

Bagaimanapun, katanya terdapat sesetengah negara bertindak agak keterlaluan dengan menangguhkan penerbangan masuk dan keluar dari China atau melaksanakan sekatan kemasukan di sempadan.

“Sekatan sedemikian memberikan kesan negatif ke atas pasaran penerbangan global, menyebabkan kesulitan kepada pelancong antarabangsa,” katanya.

Liang berkata CAAC sentiasa berhubung rapat dengan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan mengemas kini maklumat mengenai langkah-langkah kawalan wabak yang telah diambil  China untuk penerbangan antarabangsa.

Selain itu, katanya komunikasi dengan pihak berkuasa penerbangan dari negara dan wilayah lain sentiasa diperkukuhkan.

Beliau menggesa semua negara supaya mengikut nasihat pertubuhan antarabangsa dan berhati-hati ketika mempertimbangkan untuk mengambil langkah ketat, termasuk menggantung penerbangan.

Tags: ChinaCovid-19koronaviruspenerbangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd