• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BERSATU Tolak Peletakan Jawatan Mahathir

oleh
25/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Mesyuarat tergempar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) memutuskan menolak peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi parti itu.

Keputusan sebulat suara yang dicapai dalam pertemuan khas selama tiga jam di Menara Yayasan Selangor, di sini turut mengusulkan beberapa perkara berkaitan kedudukan Dr. Mahathir.

Menjelaskan inti pati mesyuarat, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen, berkata pucuk kepemimpinan parti akan menyampaikan rayuan kepada Dr. Mahathir untuk kembali menerajui pentadbiran negara.

“Rayuan itu akan disampaikan esok pagi. Kita ingin Dr. Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri Kelapan,” katanya kepada NSTP, hari ini.

Mesyuarat tergempar BERSATU di aras sembilan, dekat Menara Yayasan Selangor, mulai jam 8.30 malam tadi diadakan tanpa kelibat Dr. Mahathir.

Pertemuan khas itu sebaliknya hanya dihadiri sebahagian MPT dan ahli, selain dipengerusikan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ditanya mengenai status Dr. Mahathir dalam BERSATU, Mohd Rafiq berkata Ahli Parlimen Langkawi itu masih ahli sah parti, meskipun nekad meletakkan jawatan sebagai Pengerusi.

“Jadi hari ini, kami sebulat suara menyokong kepemimpinan Dr. Mahathir, bukan saja sebagai Perdana Menteri interim, tetapi kembali menjadi Perdana Menteri dan mentadbir negara,” katanya. – BH Online

Tags: BERSATUMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

“Allah Tunjukkan Sikap Autoritarian Dan Politik Kotor PAS” – Ketua Penerangan Bersatu

18/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa tindakan terkini Perikatan Nasional...

Hamzah Tubuh Parti Wawasan Negara Jalin Kerjasama Dengan PAS

Hamzah Tubuh Parti Wawasan Negara Jalin Kerjasama Dengan PAS

13/06/2026
0

TANAH MERAH - Bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin menubuhkan parti baharu dikenali sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd