• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BERSATU Kekal Sokong Mahathir Sebagai PM

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menyatakan sokongan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, hari ini.

Ketua Penerangan BERSATU, Dr. Mohd Radzi Md Jidin, memaklumkan pendirian itu selaras hasil mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU pada Isnin lalu.

“Sejurus selepas mesyuarat itu, (Presiden BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua Ahli Dewan Rakyat BERSATU untuk menyampaikan keputusan parti, supaya mereka terus memberikan kepercayaan kepada Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri.

”Semua Ahli Dewan Rakyat BERSATU telah menghadap Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pagi ini untuk menyatakan sokongan kepada Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menggesa semua ahli BERSATU bertenang dan memberikan keyakinan penuh kepada kepemimpinan parti itu untuk menangani kemelut politik ketika ini.

“Kita yakin situasi politik ini akan dapat diselesaikan dengan segera. Insya-Allah parti dan negara kita akan muncul lebih gagah dan bersatu padu di bawah kepemimpinan Dr. Mahathir,” katanya. – BH Online

Tags: BERSATUMahathir MohamadPerdana Menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Era PMX Stesen Bas Diluluskan. Alhamdulillah. Pertama kali Perdana Menteri Buat Majlis Serah Surat Lulus Projek’ – Annuar Musa

‘Era PMX Stesen Bas Diluluskan. Alhamdulillah. Pertama kali Perdana Menteri Buat Majlis Serah Surat Lulus Projek’ – Annuar Musa

01/11/2026
0

KOTA BHARU - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, semangat federalisma sememangnya menjadi satu kewajipan yang...

BERSATU Meterai CSA Dengan Kerajaan Madani, Bakal Terima Peruntukan Seperti Ahli Parlimen Kerajaan

BERSATU Meterai CSA Dengan Kerajaan Madani, Bakal Terima Peruntukan Seperti Ahli Parlimen Kerajaan

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa Ahli Parlimen pembangkang termasuk enam daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan seorang Parti Ikatan Demokratik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd