Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Isu Banglo: LGE Dan...

KUALA LUMPUR - Polis akan mengambil keterangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan...

MH17: Pesawat Ditembak Peluru...

AMSTERDAM - Lembaga Keselamatan Belanda yang akan mengeluarkan laporan siasatan berhubung tragedi yang...

Wakil Rakyat DAP Tegur...

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerima tamparan...

Akta Pencegahan Keganasan 2015...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan...

Apakah Prorog Parlimen?

KUALA LUMPUR – Kehangatan senario politik negara ketika ini menyaksikan semua mata tertumpu kepada proses penubuhan kerajaan serta pelantikan perdana menteri yang baharu.

Dalam proses itu, beberapa istilah termasuk ‘prorog Parlimen’ yang agak asing turut menjadi perhatian dan berikut adalah beberapa penjelasan mengenai prorog Parlimen oleh pakar perlembagaan negara, Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abdul Aziz.

Apa maksud prorog Parlimen?

Prorog Parlimen bermaksud pemberhentian atau penggantungan persidangan Dewan Rakyat di Parlimen.

Bilakah prorog Parlimen boleh berlaku?

Apabila berlaku sesuatu konflik semasa sesi persidangan Dewan Rakyat di Parlimen.

Apakah perbezaan antara prorog Parlimen dengan penangguhan atau pembubaran Parlimen?

Pemprorogan Parlimen ialah memberhentikan persidangan Dewan Rakyat tanpa membubarkan Parlimen.

Apakah berlaku kepada kerajaan sepanjang tempoh pemprorogan Parlimen?

Segala urusan kerajaan berjalan seperti biasa.


Siapakah yang boleh memutuskan untuk pemprorogan Parlimen?

Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Perkara 55 (2) Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan baginda untuk memprorog atau membubarkan Parlimen.

Sekiranya berlaku pemprorogan Parlimen, bagaimana dengan rang undang-undang dan usul-usul di Parlimen?

Rang undang-undang dan usul-usul yang belum diputuskan akan dibawa ke sesi akan datang.

Bagaimana pemprorogan Parlimen relevan dengan isu politik semasa?

Sesi persidangan Dewan Rakyat di Parlimen akan dihentikan apabila berlaku konflik dalam negara.

Berapa lama tempoh pemprorogan Parlimen?

Dalam tempoh enam bulan dari tarikh akhir persidangan terdahulu.

Kategori