• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Tak Tahu Wujud Akuan Bersumpah Halang Jadi PM

oleh
12/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau tidak mengetahui dakwaan wujud akuan bersumpah (SD) yang bertujuan untuk menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal seperti yang dilaporkan oleh Sarawak Report.

Menurutnya, sehingga sekarang, beliau masih belum dimaklumkan mengenai kesahihan dakwaan mahu menghalangnya daripada menjadi Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Saya tidak menerima sebarang maklumat rasmi (berkaitan kesahihan dakwaan itu),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Serantau Hidup Bersama Dalam Budaya Damai 2020 di sini hari ini.

Semalam, Sarawak Report melaporkan sumber yang boleh dipercayai berkata, terdapat individu yang telah mengumpulkan ahli Parlimen dalam usaha menafikan keputusan PRU14.

Laporan itu turut mendakwa, ahli Parlimen yang setia kepada UMNO, PAS, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah diminta untuk datang ke Kuala Lumpur bagi menandatangani akuan berkanun itu untuk menyokong penangguhan peralihan kuasa Perdana Menteri kepada Anwar sehingga PRU akan datang.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, keutuhan kesatuan dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH) tidak boleh dipertikaikan biarpun ada usaha daripada pihak pembangkang yang mahu memecahbelahkan gabungan tersebut.

Katanya, fokus utama beliau ialah mengenai keperluan memberikan perhatian kepada masalah dihadapi rakyat dan menstabilkan ekonomi Malaysia.

“Rakyat berdepan masalah untuk mendapatkan kehidupan lebih baik. Ini mesti menjadi fokus utama kerajaan yang berkuasa sekarang.

“Saya sendiri secara peribadi telah memaklumkan kepada Perdana Menteri (mengenai pandangan fokus menstabilkan ekonomi dan membantu rakyat). Saya menghargai penerimaan pandangan saya bahawa perkara itu sepatutnya menjadi tumpuan sepanjang masa oleh kerajaan,” katanya. – Sinar Harian

Tags: akuan bersumpahAnwar IbrahimPerdana Menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Atlet Sepak Takraw, Bukti Keupayaan Anak Watan

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Atlet Sepak Takraw, Bukti Keupayaan Anak Watan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia kerana muncul juara acara regu berpasukan...

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bantuan kepada rakyat tidak seharusnya dilihat dari sudut kaum semata-mata,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd