• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Sahkan Bertemu Mahathir Semalam

oleh
29/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Jumaat.

Dipercayai ini menjadi pertemuan pertama antara kedua-dua pemimpin berkenaan selepas kerajaan PH tumbang dan Dr. Mahathir meletakkan jawatan perdana menteri sekaligus mencetuskan krisis politik.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan intipati sebenar menyuarat berkenaan kerana Anwar enggan mengulas lanjut.

“Jumpa, jumpa, semalam,” kata Presiden PKR secara ringkas kepada media ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terbaharu.

Beliau ditemui sebaik tiba bersama isterinya yang juga Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bagi menghadiri mesyuarat dipercayai bersama Ahli Parlimen PH di sebuah hotel di sini, hari ini.

Turut kelihatan di hotel berkenaan ialah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil yang juga Pengarah Komunikasi PKR; Ahli Parlimen Klang, Datuk Dr. Xavier Jeyakumar (Naib Presiden PKR); Ahli Parlimen Lumut, Datuk Dr. Mohd Hatta Ramli (Setiausaha Agung Amanah) dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung PKR).

Dalam perkembangan terkini, Dr. Mahathir pagi ini mengeluarkan kenyataan mengejut mengatakan bahawa beliau yakin mendapat kepercayaan majoriti ahli parlimen di Dewan Rakyat dan bersedia untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri kelapan.

Dalam kenyataan itu Dr. Mahathir juga berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan PH pagi ini.

Dalam pada itu PH juga turut mengeluarkan kenyataan menyatakan sokongan penuh bagi Dr. Mahathir untuk jawatan perdana menteri.

Tags: Anwar IbrahimMahathir Mohamadpakatan harapanPerdana Menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pakatan Harapan Juga Mengamalkan Politik Identiti – Zaid Ibrahim

Pakatan Harapan Juga Mengamalkan Politik Identiti – Zaid Ibrahim

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Mohd Zaid Ibrahim menolak tanggapan bahawa gelombang biru dan...

PH Akan Bangkit Dalam Masa Terdekat – Ismail Salleh

PH Akan Bangkit Dalam Masa Terdekat – Ismail Salleh

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Ismail Salleh yakin PH akan bangkit dalam masa terdekat. Kata beliau,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd