• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Dakwa Masih Ada Sokongan Mencukupi

oleh
29/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bahawa beliau masih mempunyai sokongan yang mencukupi untuk menghidupkan semula kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam tadi menerusi akaun Twitter @anwaribrahim, Ahli Parlimen Port Dickson itu juga menyatakan bahawa ahli Parlimen yang berikrar untuk menyokong beliau telah berbuat demikian secara individu, merujuk kepada temu bual empat mata Yang di-Pertuan Agong dengan ahli Parlimen untuk mengetahui siapa yang mereka pilih sebagai Perdana Menteri bagi menamatkan krisis politik semasa yang melanda negara ini.

“Saya tahu sesetengah ahli Parlimen di pihak sebelah sana tidak gembira kerana pemimpin parti mereka telah merampas suara mereka,” katanya.

Anwar kemudian mengakhiri hantaran itu dengan: “Marilah kita jayakan proses demokratik ini. Insyaallah.”

Terdahulu semalam, ketika memberikan maklum balas kepada Istana Negara yang meminta parti politik menamakan calon mereka untuk jawatan Perdana Menteri, Bersatu, Barisan Nasional dan PAS telah mengumumkan bahawa pilihan mereka ialah Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kerajaan PH, yang terdiri daripada PKR, DAP, Bersatu dan Amanah, tumbang pada Isnin selepas Bersatu dan 10 ahli Parlimen PKR keluar parti dan pakatan itu.

Susulan itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri namun dilantik sebagai Perdana Menteri Interim oleh Yang di-Pertuan Agong.

Tags: Ahli Parlimen PKRAnwar IbrahimPerdana Menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan bantahan keras Malaysia terhadap keputusan unilateral Norway membatalkan lesen eksport...

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd