• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Angka Kematian COVID-19 Di China Melepasi 1,700 Orang

oleh
17/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Angka kematian akibat jangkitan coronavirus (COVID-19) mencecah 1,770 kes sehingga hari ini, selepas 105 orang lagi meninggal dunia di wilayah Hubei.

Menerusi laporan perkembangan harian, Suruhanjaya Kesihatan Wilayah itu turut melaporkan 1,933 kes baharu.

Peningkatan kes berbanding semalam mengakhiri penurunan kes baharu bagi tempoh tiga hari berturut-turut.

Lebih 70,500 orang kini dijangkiti di seluruh negara dengan kebanyakannya di Hubei, di mana virus pertama kali muncul pada Disember sebelum merebak menjadi wabak di seluruh negara.

Jumlah kes baharu di wilayah itu menurun sejak peningkatan besar minggu lalu apabila pegawai mengubah kriteria bagi mengira kes dengan memasukkan orang yang didiagnosis menerusi pengimejan paru-paru.

Jumlah kes pada Isnin adalah sekitar 100, lebih tinggi berbanding Ahad tetapi masih mendadak turun berbanding Jumaat dan Sabtu.

Di luar Hubei, jumlah kes baharu merosot dan jurucakap badan kesihatan kebangsaan China semalam berkata angka yang semakin perlahan itu menandakan wabak sedang dikawal.

Bagaimanapun, Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia, (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi amaran bahawa ‘mustahil’ untuk meramalkan arah wabak itu’.

Pakar antarabangsa tiba di Beijing untuk bertemu dengan rakan sejawat mereka bagi membincangkan mengenai wabak itu, kata Tedros di Twitter. – Agensi

Tags: ChinacoronavirusCovid-19hubei
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd