• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Bunuh Bapa Mahu Solat Jumaat?

oleh
19/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

POLIS sedang menyiasat kemungkinan lelaki yang mati ditetak ketika sedang menuju ke masjid Jumaat lalu, membabitkan perbuatan anak kandungnya sendiri.

Ini susulan penahanan sepasang suami isteri bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan lelaki berusia 65 tahun ketika mangsa dalam perjalanan menunaikan solat Jumaat, di Puchong Perdana, 14 Februari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, suspek masing-masing lelaki berusia 37 tahun dan isterinya berusia 27 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, di Taman Puchong Perdana, jam 2.30 petang, Ahad lalu.

Katanya, suspek lelaki yang ditahan bekerja sebagai pemandu van pelancong adalah anak kepada mangsa dibunuh itu.

“Kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK),” katanya ketika ditemui wartawan selepas hadir Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Sepang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang tadi.

Media Jumaat lalu melaporkan, seorang ahli perniagaan maut apabila dia ditetak oleh seorang individu tidak dikenali ketika dalam perjalanannya menunaikan solat Jumaat di stesen LRT di Puchong Perdana, kira-kira jam 1.40 petang.

Kejadian itu menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian dipercayai akibat luka di bahagian belakang leher selepas ditetak.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat. – myMetro Online

Tags: mati ditetakpolissolat Jumaat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Belum Ada Bukti Juruterbang MH370 Bunuh Diri

Next Post

Peras Ugut RM3 Juta: 4 Anggota, Pegawai Polis Ditahan

Related Posts

Nahas Pelajar UPSI: Polis Tunggu Laporan Perubatan Guru Hina Mangsa

Nahas Pelajar UPSI: Polis Tunggu Laporan Perubatan Guru Hina Mangsa

19/06/2025
0

IPOH: Polis masih menunggu laporan perubatan daripada pihak hospital bagi melengkapkan siasatan kes guru memuat naik hantaran jelik berhubung kemalangan...

Polis Siasat Video Bas Pandu Melulu Di Jalan Duta-Mont Kiara

Polis Siasat Video Bas Pandu Melulu Di Jalan Duta-Mont Kiara

19/06/2025
0

KUALA LUMPUR – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung video tular melibatkan sebuah bas yang dipercayai dipandu secara melulu sehingga hampir...

Next Post

Peras Ugut RM3 Juta: 4 Anggota, Pegawai Polis Ditahan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd