• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Dhani Nafi Dewa 19 Ejen Yahudi Di Indonesia

oleh
03/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahmad Dhani menepis sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakannya dan kumpulan Dewa 19 merupakan ejen penyebar fahaman Yahudi di Indonesia.

Dakwaan tersebut, katanya, sengaja dilakukan oleh pihak tertentu yang mahu memburukkan mereka termasuk untuk menjatuhkannya.

“Ada sebuah gerakan kempen hitam (black) oleh seseorang atau sekelompok kepada Dewa 19, terutama saya. Setelah 2009, video itu cukup viral sejak 10 hingga 11 tahun yang lalu yang berjudul Dewa dan Yahudi, tapi jangan ditonton lagi kerana video itu isi kandungannya semua palsu,” tegasnya dalam channel YouTube.

Sebelum ini wujud dakwaan mengatakan Dhani dan Dewa ejen menyebar Yahudi dengan mengaitkan beberapa simbol-simbol yang ada baik di video klip dan cover kaset lagu mereka.

Paling viral adalah saat ada gambar mata satu pada antara album kumpulan itu yang dikaitkan dengan gerakan Illuminati.

Tuduhan itu berlarutan sejak 10 tahun yang lalu.

Selain itu, Ahmad Dhani turut berkata dia tidak tahu-menahu motif sebenar penyebaran video palsu yang menuduh kumpulan itu namun mengenal pasti dua individu yang menjadi dalang.

Beliau bagaimanau enggan mendedahkan dua-dua individu terbabit.

“Saya tak tuduh, mungkin video itu dibuat untuk main-main atau serius, saya pun tak jelas, jadi semua kandungan dibuat bukan saya,” katanya lagi. – Agensi

Tags: Ahmad Dhanidewa 19IndonesiaYahudi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd