• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AGC Pandang Serius Pembohongan Isu Coronavirus

oleh
05/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mana-mana pihak yang menimbulkan dan menyebarkan pembohongan dalam sebarang isu berkaitan coronavirus menerusi laman internet perlu disiasat serta dituduh di mahkamah sekiranya wujud kes.

Menyuarakan keputusan tegas itu, Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, berkata pihaknya memandang serius pembohongan berhubung coronavirus yang menjadi perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia dan masyarakat dunia.

Katanya, keadaan cemas wajar dihindari bagi memberi laluan kepada pihak berkuasa mengendalikan situasi terbabit tanpa sebarang elemen pembohongan berhubung asal usul, skala dan kegetiran mengenai coronavirus sehingga berupaya memudaratkan keselamatan awam.

“Kebebasan untuk bercakap dan bersuara yang termaktub bawah Perlembagaan serta jaminan hak mengikut undang-undang untuk tidak menapis internet seperti yang diperuntukkan Seksyen 3(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 tidak membenarkan seseorang menyebarkan pembohongan.

“Fenomena ini semakin menjadi-jadi akibat ketaasuban masyarakat kita untuk mengaitkan sentimen perkauman dan agama dalam setiap isu kehidupan awam.

“Justeru pembohongan di laman internet yang mengaitkan coronavirus dengan mana-mana kaum atau agama bukan sahaja menjijikkan, tetapi membahayakan keharmonian masyarakat majmuk.

“Dengan kerjasama polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta agensi kerajaan lain, jabatan ini bertekad untuk menghalang penyebaran kenyataan palsu berkaitan coronavirus.

“Pihak berkuasa kesihatan hendaklah diberi ruang untuk menangani masalah ini dengan tenang dan teliti, tanpa perlu berdepan dengan isu luaran yang tidak berkenaan. Pertuduhan akan dibuat terhadap individu terbabit dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menyentuh kelompangan perundangan, Tommy berkata, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ialah antara pilihan untuk pertuduhan, namun elemen yang perlu dibuktikan pihak pendakwaan sebelum seseorang disabitkan mahkamah menerusi peruntukan berkenaan tidak menepati kategori kesalahan yang dilakukan mutakhir ini.

Sehubungan itu, katanya, jelas bahawa Seksyen 233 wajar dipertimbangkan Parlimen untuk dipinda dalam tempoh terdekat bagi memastikan tiada kekangan terhadap usaha memerangi penularan kegiatan menyalahi undang-undang.

“Individu terbabit akan dituduh bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang menyentuh kenyataan-kenyataan berhubung khianat awam kerana elemen utama peruntukan ini sememangnya sebahagian daripada undang-undang jenayah di Malaysia selama berdekad lamanya.

“Ia mencakupi perihal membuat, menyebarkan apa-apa kenyataan atau khabar angin yang mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran atau mengakibatkan mana-mana orang terdorong untuk melakukan suatu kesalahan yang bertentangan dengan ketenteraman awam,” katanya. – BH Online

Tags: berita palsucoronaviruspembohonganTommy Thomas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan tindakan terhadap pihak yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung pembekalan...

Dakwaan Harga Diesel Naik Tidak Benar – Fuziah Salleh

Dakwaan Harga Diesel Naik Tidak Benar – Fuziah Salleh

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr. Fuziah Salleh menafikan dakwaan tular...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd