• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

12 Februari Catat Kematian Tertinggi Akibat Covid-19

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Angka kematian dan kes baru jangkitan wabak koronavirus di China melonjak pada Khamis dengan 242 kematian dan hampir 15,000 pesakit baru di wilayah Hubei apabila pihak berkuasa mengubah kaedah diagnosis yang digunakan.

Sekurang-kurangnya 1,355 orang disahkan maut di seluruh negara itu dan hampir 60,000 dijangkiti selepas Suruhanjaya Kesihatan Hubei melaporkan angka baru.

Dalam kemas kini hariannya, suruhanjaya berkenaan mengesahkan 14,840 kes baru di wilayah tengah China itu, sejak ia mula menular pada Disember tahun lepas.

Menurut pegawai tempatan, lonjakan angka itu berlaku berikutan perubahan dalam cara mereka mendiagnosis kes Covid-19.

Dalam satu kenyataan suruhanjaya berkenaan berkata, ia kini akan memasukkan kes yang “didiagnosis secara klinikal” dalam angka rasminya.

Ini bermakna, pengimejan paru-paru kes yang disyaki dianggap sudah memadai untuk didiagnosis dengan virus berkenaan, berbanding ujian standard asid nukleik sebelum ini.

Berhubung lonjakan angka pada Khamis, ia berkata, pengkelasan baru itu meliputi 13,332 kes dan lebih separuh angka kematian.

Ia berkata, perubahan itu bermakna pesakit boleh mendapatkan rawatan “paling awal yang mungkin” dan ia “konsisten” dengan pengkelasan yang digunakan di wilayah lain.

Ia juga berkata, perubahan itu dibuat kerana “kefahaman kita mengenai pneumonia yang diakibatkan oleh koronavirus baru ini bertambah dan kita telah mengumpul pengalaman mengenai diagnosis dan rawatan”. – Agensi

Tags: ChinaCovid-19hubeikoronavirus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

PMX Anwar Umum Lawatan Beliau Ke China Membuahkan Hasil Potensi Pelaburan

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - "Alhamdulillah, lawatan kerja saya ke Shanghai dan Hangzhou telah membuahkan hasil yang bermakna, terutamanya dalam memanfaatkan potensi...

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

PMX Anwar Puji Kelajuan, Kecepatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi HSR

23/09/2026
0

HANGZHOU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) selepas pertama kali menaiki HSR...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd