• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Kerala Kes Pertama Positif Koronavirus Di India

oleh
31/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENGALURU – India melaporkan kes pertama koronavirus apabila seorang wanita dari negeri Kerala disahkan positif hari ini, lapor Reuters.

Pesakit itu dikenalpasti sebagai pelajar dari Universiti Wuhan di China yang baru pulang ke tanah airnya.

Kerajaan India dalam kenyataan rasmi hari ini menyatakan pelajar wanita itu kini diisolosi di sebuah hospital di Kerala dan keadaannya stabil.

Setakat ini 170 orang terkorban akibat jangkitan koronavirus di China yang sudah tersebar ke negara serangtau Asia termasuk Malaysia dengan lapan disahkan positif sehingga hari ini.

“Kami telah menghantar sampel darah lebih 20 orang individu di Kerala.

“10 sampel diterima sebagai negatif, enam lagi masih diuji manakala sampel pelajar wanita dari Wuhan disahkan positif,” kata Menteri Kesihatan Kerala, K.K.Shylaja Teacher.

Pesakit wanita itu kini dirawat secara khas di daerah Trissur.

India selaku negara kedua tertinggi populasi rakyat selepas China berjaya mengambil langkah awal memastikan semua warga negaranya yang balik dari China melaporkan diri dengan kementerian kesihatan untuk tindakan lanjut.

Setakat ini seramai 806 warga negara India pulang dari China dan diletakkan dibawah pemerhatian ketat di Kerala untuk mengenalpasti sebarang petanda awal jangkitan virus itu, kata kerajaan negeri Kerala semalam.

Bagaimanapun seorang pegawai tertinggi kerajaan India menasihatkan membawa balik rakyatnya dari Wuhan bukan langkah bija buat masa in memandangkan risiko jangkitan virus itu agak tinggi tetapi pesawat khas diletakkan dalam keadaan bersiap sedia dan kemudahan lain untuk mengkuarantinkan mereka yang disyaki dijangkiti virus itu.

Jangkitan virus itu dilaporkan di 16 negara setakat ini dengan 105 kes positif, namun setakat ini tidak ada sebarang kematian dilaporkan dalam kes di luar China. – Agensi

Tags: ChinaIndiaKeralakoronavirus
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Salah seorang daripada dua wanita Melayu yang tular menerusi rakaman video mengikuti latihan Yoga di India tampil...

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

18/07/2026
0

JELEBU - Pengundi bukan Melayu khususnya masyarakat Cina dan India diseru agar tidak berasa khuatir atau ragu-ragu terhadap persefahaman politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd