• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wabak Koronavirus Dijangka Berlarutan Beberapa Bulan

oleh
29/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TORONTO – Koronavirus yang kini sedang melanda China dan beberapa negara di seluruh dunia dijangka berlarutan sekurang-kurangnya beberapa bulan, menurut penyelidik yang membuat anggaran berdasarkan data.

Seorang profesor di Universiti Toronto, Kanada, David Fisman berkata, langkah kuarantin, membasuh tangan dan memakai topeng muka yang sistematik dapat membantu mengurangkan jumlah pesakit yang dijangkiti.

“Semakin lama kita belajar mengenainya, lebih banyak ia kelihatan seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS). SARS boleh dikawal dan diharap koronavirus ini juga sama.

“Ia mungkin berlarutan selama beberapa minggu atau bulan. Tiada siapa tahu berapa lama ia akan berlaku,” katanya.

Difahamkan, penyelidik menggunakan model matematik untuk menganggarkan bilangan sebenar kes pada tarikh semasa dan membandingkannya dengan wabak sebelum ini.

Sehingga hujung minggu lalu, pasukan penyelidik berpendapat bahawa individu yang dijangkiti tidak menyebarkan virus sehingga mereka mula menunjukkan simptom seperti demam, masalah pernafasan dan radang paru-paru.

Pihak berkuasa China hari ini berkata, anggota perubatan telah dikerahkan untuk memerangi wabak koronavirus namun berdepan masalah kekurangan bekalan perubatan yang diperlukan, lapor agensi berita Anadolu.

Memandangkan jumlah kematian meningkat kepada 106 orang dengan kes mereka yang dijangkiti turut bertambah seramai lebih 4,500 orang, Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC) China berkata, lebih 10,000 katil hospital telah disediakan untuk pesakit, menurut South China Morning Post.

Bercakap pada sidang media di Beijing, Timbalan Ketua Biro Pentadbiran Perubatan NHC Jiao Yahui berkata, 4,000 kakitangan perubatan telah ditempatkan di wilayah tengah Hubei.

“China menghantar kira-kira 6,000 anggota perubatan ke Hubei,” katanya dengan 1,800 dijangka tiba petang ini. – Agensi

Tags: Chinakoronaviruswabak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

Ekyn.Wong Muat Naik Kenyataan Permohonan Maaf Isu Tular Ketika Bercuti Di China

20/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Tiktok ekyn.wong hari ini memuat naik kenyataan permohonan maaf oleh individu bernama Nur Asyiqin Mohd Dalil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd