• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ujian Poligraf Tak Boleh Jadi Bahan Bukti Di Mahkamah

oleh
15/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan ujian poligraf dilakukan ke atas bekas penyelidik PKR, Muhammed Yusoff Rawther di Bukit Aman pada Disember lalu tidak boleh dijadikan bahan bukti di mahkamah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menegaskan ini kerana tiada peruntukan undang-undang untuk berbuat demikian.

Beliau berkata, ujian poligraf sekadar membantu polis menjalankan siasatan selain meyakinkan pihaknya sama ada Muhammed Yusoff bercakap benar atau sebaliknya.

“Ujian poligraf tetap membantu dalam siasatan dan meyakinkan polis sama ada dia bercakap benar atau tidak.

“Selepas dia (Muhammed Yusoff) tak bercakap benar, kita jangan buang masa kitalah. Kalau ujian poligraf kata dia cakap benar, kita cuba cari bukti lain.

“Tetapi, kalau tak dapat juga… tiada gunalah. AG (Peguam Negara) pun kata kalau bawa pergi mahkamah pun kalah, buang masa dia. Tetapi kita tidak akan lampirkan keputusan ujian poligraf sebagai bukti dalam mahkamah. Ia tak dibenarkan undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Operasi Bersatu Khazanah di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, hari ini.

Semalam Peguam Cara Negara, Datuk Engku Nor Faisah Engku Atek dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan kertas siasatan diterima daripada polis, pihaknya mendapati terdapat percanggahan fakta yang material untuk membuat pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh membuat perlakuan tidak senonoh ke atas Muhammed Yusoff.

Engku Nor Faisah dilaporkan berkata, pihaknya mendapati tidak cukup bukti untuk mendakwa sesiapa termasuk Anwar dalam kes berkenaan.

Oktober lalu, Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat menegaskan undang-undang sedia ada seperti Akta Keterangan 1950 perlu dipinda jika terdapat cadangan untuk menggunakan ujian poligraf untuk pembuktian kes di mahkamah.

Beliau dilaporkan berkata pihaknya tidak pernah memikirkan untuk menggunakan poligraf, tetapi jika mana-mana pihak menyarankan perkara itu, langkah pertama adalah untuk meneliti undang-undang berkaitan proses mengambil keterangan di mahkamah. – BH Online

Tags: Anwar IbrahimMuhammed Yusoff Rawtherujian poligraf
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tular Tangkap Layar PMX AI Menjawab “Tidak” Apabila Ditanya Sama Ada Anwar Patut Diundi Lagi

Tular Tangkap Layar PMX AI Menjawab “Tidak” Apabila Ditanya Sama Ada Anwar Patut Diundi Lagi

25/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Tangkap layar memaparkan avatar PMX AI didakwa menjawab "Tidak" apabila ditanya pengguna sama ada perlu mengundi Anwar...

eFishery – Ditipu RM200 Juta, Hassan Karim Desak Anwar Letak Jawatan Menteri Kewangan

eFishery – Ditipu RM200 Juta, Hassan Karim Desak Anwar Letak Jawatan Menteri Kewangan

19/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan jawatan sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd