• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tukar PM Bukan Macam Tukar Pemandu Bas – Hadi

oleh
24/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Proses peralihan kuasa Perdana Menteri bukan perkara mudah seperti menukar pemandu bas kerana ia perlu berlandaskan ajaran Islam.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Islam menggariskan peraturan tertentu dalam melaksanakan peralihan kuasa mengikut syarat dan rukun iaitu niat kerana ALLAH SWT, lafaz ijab dan kabul, lokasi dan masa perjanjian itu dibuat serta menjaga Maqasid Syariah.

“Kita tidak boleh anggap kepimpinan negara macam tukar pemandu bas.

“Kalau kita mahu ke Kuala Lumpur kena tukar pemandu ke Kuala Lumpur juga, bukan pemandu ke destinasi lain nanti tidak sampai tujuan,” katanya.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Marang itu melihat janji penyerahan jawatan Perdana Menteri antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengikut syarat Islam kerana tiada maklumat jelas tentang perjanjian tersebut.

“Perjanjian dalam Islam tidak boleh dibuat dengan mudah. Ada syarat, ada rukun dia, tidak boleh janji serah kuasa begitu saja, janji lantik orang ini orang itu jadi Perdana Menteri. Kita orang Islam kena ikut hukum Islam.

“Rukun dalam Islam pertama niat ikhlas kerana ALLAH SWT, ada ijab dan kabul sebagai lafaz serah dan terima kuasa, perkara dijanji iaitu tempat dan masa (tapi) ini tiada, kosong.

“Kalau kosong dan tidak cukup syarat, dari segi Islam itu bukan janji tapi cakap-cakap atas wakaf saja,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Rusila selepas menyampaikan kuliah mingguan hari ini.

Beliau turut menyifatkan pihak yang menuduh Dr Mahathir berbohong apabila tidak menyerahkan kuasa kepada Anwar sebagai bebal kerana tidak memahami perjanjian dibuat tidak mengikut syarat.

Ditanya sama ada Parlimen harus dibubar bagi menyelesaikan isu peralihan kuasa tersebut, Abdul Hadi berkata, itu terpulang kepada kerajaan yang mempunyai kuasa majoriti sekarang untuk membuat keputusan.

“Itu terpulang kepada mereka yang dapat kuasa majoriti sekarang, namun saya harap ia tidak menyusahkan rakyat dan prosesnya berlaku dengan betul dari segi undang-undang, perlembagaan dan demokrasi,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Abdul Hadi AwangAnwar IbrahimMahathir MohamadPerdana Menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bukan Kerana Desakan, Tiada Kenaikan Sejak 10 Tahun Lalu – PM

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bukan Kerana Desakan, Tiada Kenaikan Sejak 10 Tahun Lalu – PM

05/01/2026
0

PUTRAJAYA: Keputusan kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam termasuk hakim bukan atas desakan mereka, sebaliknya dibuat kerana ada keperluan selepas...

‘Mengapa Anwar Boleh, Tetapi Najib Tidak Boleh?’ Soal Hassan Karim

‘Mengapa Anwar Boleh, Tetapi Najib Tidak Boleh?’ Soal Hassan Karim

22/12/2025
0

JOHOR BAHRU – Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin yang menolak permohonan semakan kehakiman berhubung Titah Adendum oleh bekas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd