• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuduhan Guna RM400 Juta Beli Mercedes MB Kelantan Fitnah

oleh
16/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Tuduhan yang mengaitkan Kerajaan Negeri Kelantan menggunakan peruntukan khas RM400 juta daripada kerajaan Persekutuan untuk membeli kenderaan rasmi Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob seperti yang ditularkan adalah fitnah dan berniat jahat terhadap kerajaan negeri tersebut.

Pejabat Menteri Besar Kelantan melalui satu kenyataan memaklumkan demikian di laman sosial Facebook milik Ahmad hari ini.

Menurut kenyataan itu, keputusan kerajaan negeri menggantikan kenderaan rasmi pimpinan kerajaan negeri telah dibuat menerusi kenyataan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 12 September 2018.

“Kerajaan negeri mengambil keputusan untuk menggantikan kenderaan rasmi bagi kegunaan Menteri Besar dan Exco negeri secara berperingkat setelah membuat penelitian mengenai kenderaan lama yang telah digunakan sejak 10 hingga 12 tahun yang lalu.

“Kenderaan rasmi Menteri Besar dengan nombor pendaftaran DV 1 adalah kenderaan yang digunakan sejak pentadbiran Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang merupakan kurniaan Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V,” katanya.

Menurutnya, kerajaan negeri mengambil keputusan untuk menggantikan kenderaan yang digunakan sejak lebih 10 tahun itu dengan mengekalkan nombor pendaftaran asal iaitu DV 1 pada kenderaan rasmi baru Ahmad Yaakob yang mana telah mendapat ampuni perkenan Sultan.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan penularan kenderaan mewah Mercedes Benz menjadi kenderaan rasmi Ahmad Yaakob dan ia menimbulkan pelbagai persoalan apabila dikaitkan dengan wang ‘one-off’ pemberian kerajaan Persekutuan Disember lalu. – Sinar Harian

Tags: kereta rasmimenteri besar kelantanperuntukan khas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Kelantan Digalak Mendulang Emas, Tidak Dikenakan Royalti

Rakyat Kelantan Digalak Mendulang Emas, Tidak Dikenakan Royalti

25/04/2026
0

KOTA BHARU - "Buat masa ini, kita galakkan dulu rakyat mendulang. Kumpulkan hasil, bila dah banyak nanti, bolehlah jual. Kekalkan...

Bukti PMX Tidak Amal Politik Dendam,  Tidak Pernah Menzalimi Kelantan – Wan Mahussin

Bukti PMX Tidak Amal Politik Dendam, Tidak Pernah Menzalimi Kelantan – Wan Mahussin

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kehadiran Perdana Menteri di Kelantan semalam menunjukkan hubungan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd