• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trump Perlu Kelulusan Kongres Sebelum Serang Iran

oleh
10/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) yang diketuai Parti Demokrat, semalam telah meluluskan satu resolusi tidak mengikat yang memaksa Presiden, Donald Trump mendapatkan kelulusan kongres sebelum mengambil langkah-langkah ketenteraan baharu terhadap Iran, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Resolusi kuasa-kuasa perang paling simbolik itu telah diluluskan selepas 224 perwakilan (yang terdiri daripada hampir semua perwakilan Demokrat, tiga perwakilan Republikan dan seorang perwakilan bebas) mengundi menyokong resolusi itu berbanding 194 yang menentang.

Undian itu berlaku selepas hampir seminggu Trump menandatangani arahan serangan dron AS di Iraq yang menyebabkan komander tertinggi tentera elit Iran, Qasem Soleimani terbunuh dan menyebabkan kedua-dua negara semakin menghampiri peperangan yang mungkin berlaku pada bila-bila masa sejak revolusi Islam 1979.

Jerry Nadler, perwakilan Demokrat dari New York dan merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kehakiman Dewan Perwakilan berkata, pembunuhan itu yang berlaku di luar lapangan terbang Baghdad telah menjadikan situasi dunia semakin berbahaya dengan memburukkan lagi keadaan di rantau yang sudah pun bergolak.

“Selepas hampir dua dekad berperang, Presiden Trump terus merisikokan keselamatan Amerika, anggota tentera dan sekutu kita apabila menyebabkan ketegangan dengan Iran semakin meruncing sehingga mencecah tahap baharu yang berbahaya,” tulis Nadler di Twitter.

Bagaimanapun, perwakilan Republikan berhujah bahawa isu Iran perlu ditangani dan Trump telah diberi lampu hijau mengarahkan serangan itu di bawah pengizinan peperangan yang diluluskan Kongres AS pada 2002 selepas serangan 11 September 2001.

Tags: Amerika SyarikatIranSerangan Dron
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI – Perang Iran – Israel/AS Dijangka Bersambung Dalam Beberapa Jam Lagi

TERKINI – Perang Iran – Israel/AS Dijangka Bersambung Dalam Beberapa Jam Lagi

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Ketegangan di Asia Barat terus memuncak apabila Iran dilaporkan mengambil langkah tegas mempertahankan kedaulatan negaranya...

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

02/05/2026
0

Oleh Mynewshub WASHINGTON: Pentadbiran Donald Trump dilaporkan secara rasmi memaklumkan kepada Kongres bahawa konflik ketenteraan antara Amerika Syarikat dan Iran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd