• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tidak Salah Azmin Nak Jadi PM – Saifuddin

oleh
08/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedia ‘memberi laluan’ kepada mana-mana pemimpin dalam parti itu termasuk Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sekiranya beliau mempunyai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri kelapan.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tidak salah bagi mana-mana ahli politik untuk mempunyai keinginan sedemikian tetapi ia perlu dilakukan secara tertib.

Menurutnya, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR perlu membawa nama beliau ke mesyuarat supaya dapat mengubah keputusan parti yang sebelum ini menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri kelapan.

“Jika Mohamed Azmin, misalnya, ada cita-cita hendak jadi Perdana Menteri, katakanlah. Pertama, dia kena zahirkan. Kedua, dia kena bawa ke dalam PKR untuk ubah keputusan parti yang sebelum ini menamakan calon Perdana Menteri kelapan ialah Anwar.

“Jadi Mohamed Azmin ada (keinginan untuk jadi Perdana Menteri) tidak salah. Hendak ada cita-cita boleh. Orang politik boleh ada cita-cita itu, tidak salah,” katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Harian di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan wujud pakatan daripada kem Mohamed Azmin untuk menggagalkan proses peralihan jawatan Perdana Menteri daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Anwar.

Pada November lalu, Mohamed Azmin mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dan Bari-san Nasional (BN) di kediaman rasminya di Presint 10 di sini.

Pertemuan itu didakwa diadakan bagi mendapatkan sokongan ahli Parlimen berkenaan untuk menggagalkan peralihan kuasa tersebut.

Konflik antara Mohamed Azmin dan Anwar terus memuncak apabila Ahli Parlimen Gombak itu bersama penyokongnya bertindak keluar dewan ketika Kongres Nasional Keadilan diadakan di Melaka pada awal Disember lalu.

Mohamed Azmin kemudian bersama beberapa pemimpin daripada kemnya hadir pada majlis makan malam yang disertai ribuan ahli dan penyokongnya, sekali gus menjadi pentas untuk menyerang Anwar.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Saifuddin berkata, selepas keputusan parti itu berubah, maka ia boleh dibawa kepada mesyuarat Majlis Presiden PH.

“Majlis Presiden PH akan membincangkan tentang keputusan PKR sudah ada calon lain (sebagai Perdana Menteri),” katanya.

Saifuddin berkata, dengan cara itu sahaja boleh memastikan cita-cita Mohamed Azmin untuk menawarkan diri sebagai Perdana Menteri akan terlaksana. – Sinar Harian

Tags: Mohamed Azmin AliPerdana MenteriSaifuddin Nasution Ismail
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Petik Ayat Al-Quran Surah An-Nisa Rayu Beri Kemenangan PH

PM Anwar Petik Ayat Al-Quran Surah An-Nisa Rayu Beri Kemenangan PH

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu kepada rakyat Johor supaya memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH)...

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd