• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Pemansuhan Butiran Agama Pada MyKad – KDN

oleh
21/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mempunyai sebarang perancangan untuk melaksanakan kajian secara terperinci berhubung isu pemansuhan butiran agama pada kad pengenalan atau MyKad.

KDN dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, pelaksanaan perekodan butiran agama pada kad pengenalan dilaksanakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara selaras dengan Peraturan 4 (cc), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (PPPN 1990).

“Selain itu, pelaksanaan perekodan butiran agama Islam di muka hadapan kad pengenalan adalah selaras dengan Jadual Pertama Peraturan 5(2), PPPN 1990.

“Sementara itu, bagi agama selain Islam hanya dimasukkan di dalam cip kad pengenalan,” katanya.

KDN berkata, tindakan itu adalah selaras dengan peruntukan di bawah Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu Agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Terdahulu, KDN menerima sebuah rakaman video dan teks yang ditular melalui aplikasi WhatsApp pada 18 Januari lepas berhubung isu pemansuhan butiran agama pada kad pengenalan.

Menurut KDN, butiran agama pada kad pengenalan milik individu beragama Islam adalah salah satu elemen penting yang membantu penguatkuasaan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang syariah yang berkuatkuasa.

“Kita nasihatkan orang ramai agar tidak menularkan berita atau maklumat tidak sahih kerana bimbang boleh menimbulkan ketidakselesaan rakyat dan mengganggu ketenteraman serta keamanan negara,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Agamakad pengenalanKDNMyKad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Senator DAP: Politik Berasaskan Agama Membutakan Pertimbangan

Senator DAP: Politik Berasaskan Agama Membutakan Pertimbangan

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Senator DAP, RA Lingeshwaran mendakwa politik berasaskan agama membutakan pertimbangan. Beliau mempersoalkan adakah Johor mahu terus ke...

Jawatankuasa Pengurusan Pengambilan Pekerja Asing Labuan Telah Diaktifkan Semula

Jawatankuasa Pengurusan Pengambilan Pekerja Asing Labuan Telah Diaktifkan Semula

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pengurusan Pengambilan Pekerja Asing Labuan telah diaktifkan semula oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 8 Mei...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd