• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Lagi Pegawai JPJ Sebelah Calon Ujian Memandu

oleh
23/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan sistem latihan dan ujian memandu automatik (e-Testing) di institut memandu seluruh negara, Jun depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, melalui sistem tersebut, pengukuran prestasi calon ujian memandu akan dijalankan secara elektronik (automasi) dan keputusan ujian memandu akan dijana secara berkomputer.

“Apabila dilaksanakan sistem ini, tiada lagi pegawai JPJ di dalam kenderaan bersama calon,” katanya.

Menurutnya, pegawai JPJ akan berada di bilik kawalan untuk memantau dan memberi arahan kepada calon.

“Ia bukan sahaja memudahkan calon tetapi yang penting tiada lagi urusan antara calon dan pegawai JPJ di dalam kenderaan itu sekaligus meningkatkan integriti jabatan,” katanya.

Beliau berkata, bagi pelaksanaan sistem itu, tiga institut memandu di Johor dipilih sebagai projek rintis.

“Kita akan perluaskan seluruh negara pada Jun ini,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan JPJ di sini hari ini.

Sementara itu menyentuh mengenai isu cermin gelap kenderaan, Shaharuddin berkata, JPJ memutuskan untuk mengeluarkan saman terhadap pemandu saja berbanding sebelum ini pemilik turut dikenakan tindakan sama.

“Penguatkuasaan akan berterusan cuma pemandu sahaja dikenakan saman.

“JPJ akan mengeluarkan Notis 61(1) Akta JPJ untuk mengarahkan pemilik kenderaan berkenaan membuat pemeriksaan dalam tempoh 10 hari,” katanya. – Sinar Harian

Tags: calon ujian memandupegawai jpj
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai JPJ Maut Motosikal Rempuh Lori Terbalik Di Temerloh

Pegawai JPJ Maut Motosikal Rempuh Lori Terbalik Di Temerloh

22/05/2025
0

TEMERLOH, 22 Mei 2025 – Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menemui ajal dalam kemalangan tragis petang semalam apabila motosikal...

Remaja Gagal Perdaya Pegawai JPJ

Remaja Gagal Perdaya Pegawai JPJ

01/01/2023
0

KOTA BHARU - Taktik seorang remaja cuba memperdaya pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengelak daripada disaman semasa Ops Khas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd