• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Keperluan Untuk Jalani Ujian Poligraf – Anwar

oleh
08/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada keperluan untuk beliau menjalani ujian poligraf atau bersikap terlalu mempertahankan diri dalam kes membabitkan dakwaan bekas penyelidik parti itu, Muhammed Yusoff Rawther.

Anwar juga berkata tiada sebarang asas untuk beliau menjalani ujian berkenaan.

“Pihak polis juga setakat ini tidak mengemukakan permintaan supaya saya menjalani ujian poligraf. Justeru, kenapa ia (ujian poligraf) perlu dijadikan sebagai isu?

“Saya tahu apa sebenarnya yang terjadi dalam isu ini, bagaimana permainannya dan siapa pemain di belakangnya yang menggunakan individu terbabit, tetapi biarlah polis mengendalikannya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Pada 17 Disember lalu, Muhammed Yusoff menjalani ujian berkenaan selama empat jam di Bukit Aman berhubung dakwaannya diperlakukan secara tidak senonoh oleh Anwar.

Dalam perkembangan lain, Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) menjelaskan, tiada perbincangan mengenai rombakan Kabinet dibangkitkan dalam pertemuan bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam.

“Ia hanya perbincangan dari hati ke hati kami berdua, selain ada diberikan sedikit sebanyak penjelasan. Kami tak bincang tentang rombakan Kabinet dan saya pun tak melobi (untuk jawatan dalam Kabinet).

“Kami juga bincangkan perihal peralihan kuasa secara umum serta kepentingan dan keperluan untuk apa-apa perkara dirujuk ke Majlis PH. Kita tak bincangkan apa-apa secara khusus pun,” katanya. – BH Online

Tags: Anwar IbrahimMuhammed Yusoff RawtherSerangan Seksualujian poligraf
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Anwar Nafikan Dakwaan Serangan Seksual, Dedah Bersama Nurul Nuha Pada Hari Kejadian

Anwar Nafikan Dakwaan Serangan Seksual, Dedah Bersama Nurul Nuha Pada Hari Kejadian

08/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menafikan dakwaan serangan seksual terhadap bekas pembantunya, Yusoff Rawther dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd