• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Takkan Nak Biar Harta Umat Islam Dijual Secara Lambak?

oleh
26/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof didakwa cuba lepas tangan apabila mengatakan tiada campur tangan politik dalam penjualan aset Tabung Haji Plantations (THP).

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan bagaimana Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak terlibat dengan penjualan itu sedangkan Tabung Haji (TH) telah meluluskan 76.2 peratus penjualan tanah ladang milik THP.

“Menteri Haji (Mujahid) akhirnya bersuara! Senang je dia cuba lepaskan tangan. Dia kata dia tak terlibat. Kerajaan PH pun tak terlibat.

“Menteri Haji kata dia tak terlibat dan tidak perlu mengambil tahu. Jumlah keluasan tanah ladang milik THP akan turun dari 101,000 hektar ke 24,000 hektar pada masa harga sawit memulih.

“Dia juga tak kata dia akan halang penjualan ini kerana ianya terpulang kepada THP. Menteri yang kononnya jaga TH tidak perlu ambil tahu hal ehwal dan urusan TH pada masa harta dan tanah umat Islam dijual secara lambak…Bagus…,” katanya Najib dalam hantaran terbaru di Facebook miliknya, hari ini.

Terdahulu, Mujahid dalam satu kenyataan hari ini berkata pengurusan THP diberi kepercayaan penuh dalam menjalankan jual beli aset miliknya.

Mujahid merujuk penjualan ladang kelapa sawit milik THP kepada Tamaco Plantations Sdn. Bhd. pada harga RM170 juta, yang dibangkitkan beberapa pihak, termasuk Najib dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Semalam, Asyraf dalam sidang media mendesak Mujahid agar menyatakan pendirian dan mengambil tanggungjawab terhadap penjualan aset THP tersebut, yang dilaporkan melibatkan 6,513.80 hektar ladang kelapa sawit di Bintulu dan Sibu, Sarawak.

Menurut Asyraf, pihaknya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis berhubung penjualan itu, terutama berkenaan dakwaan pihak yang terlibat menukar jurunilai menyebabkan nilai hartanah itu menyusut daripada RM380 juta kepada RM170 juta. – MalaysiaGazette

Tags: jual asetNajib Tun RazakTabung HajiTH Plantationsumat Islam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

“Jual Jam, Porsche, Rumah…” Zamsaham Akui Jatuh Dalam Dunia Perniagaan

“Jual Jam, Porsche, Rumah…” Zamsaham Akui Jatuh Dalam Dunia Perniagaan

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli perniagaan Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham meluahkan perasaan mengenai kejatuhan perniagaannya yang turut memberi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd