• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sumpah Laknat Najib Tak Ada Dalam Islam – Hadi

oleh
01/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata sumpah laknat yang dilakukan bekas perdana menteri, Najib Razak bagi menafikan penglibatannya dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu tiada dalam Islam.

Beliau berkata, sumpah laknat atau “li’an” dalam Islam hanya boleh dilakukan sekiranya terdapat tuduhan daripada suami bahawa isterinya berzina dengan orang lain. Isteri boleh melakukan sumpah laknat di masjid bagi menafikan tuduhan tersebut.

“Yang lain (sumpah laknat) tidak ada. Suruh tidak ada, larang pun tidak ada. Jadi kita jangan main-main dengan sumpah ini.

“Sebab itu Allah tidak menyuruh kita sumpah dalam semua perkara,” katanya dalam majlis Bicara Santai Ambang 2020 di sini malam tadi.

Hadi berkata demikian bagi menjawab soalan seorang pengunjung yang ingin tahu pendiriannya mengenai sumpah laknat yang dilakukan Najib di Masjid Kampung Baru baru-baru ini.

Beliau bagaimanapun berkata terdapat kaedah dalam syarak untuk menafikan sebarang tuduhan yang dikenakan ke atas individu.

Beliau berkata individu yang membuat tuduhan perlu menampilkan saksi dan sekiranya ingkar, perlu bersumpah.

“Sepatutnya bila orang yang tuduh tidak ada saksi, (individu yang dituduh) senyap sahaja tidak perlu bersumpah. Itu kaedah yang ada dalam syarak,” katanya.

Najib melafazkan sumpah itu bagi menafikan dakwaan dalam akuan berkanun bekas anggota polis, Azilah Hadri yang mengaitkan beliau dengan kematian Altantuya.

Beliau juga pernah melakukan sumpah sama 11 tahun lalu di sebuah masjid di Bukit Mertajam, Pulau Pinang bagi menafikan mengenali Altantuya. – FMT

Tags: Abdul Hadi AwangislamNajib Tun Razaksumpah laknat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penyebaran Ajaran Islam Hendaklah Dilaksanakan Melalui Saluran Yang Beretika, Berhemah – Senator DAP

Penyebaran Ajaran Islam Hendaklah Dilaksanakan Melalui Saluran Yang Beretika, Berhemah – Senator DAP

17/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyebaran ajaran Islam di negara ini hendaklah dilaksanakan melalui saluran yang beretika, berhemah dan tidak melibatkan institusi...

PAS Teliti Semula Keputusan Bertanding Semua Kerusi PRN Johor, Utamakan Penyatuan Pengundi Melayu-Islam

PAS Teliti Semula Keputusan Bertanding Semua Kerusi PRN Johor, Utamakan Penyatuan Pengundi Melayu-Islam

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – PAS perlu meneliti semula cadangan awal Perikatan Nasional (PN) bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd