• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siasatan Ke Atas Ramasamy Berhubung LTTE Masih Berjalan

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Polis berkata pihaknya belum dapat memuktamadkan siasatan ke atas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy yang didakwa mempunyai hubungan dengan kumpulan pemberontak Sri Lanka, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mior Faridalathrash Wahid, polis masih menjalankan siasatan berhubung dakwaan tersebut.

“Masih dalam siasatan dan kami sedang menunggu laporan dari pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia) berhubung 1 akaun Facebook,” katanya ketika dihubungi FMT.

Beliau merujuk kepada laman Facebook dikenali Pusat Kajian Ancaman Pengganas dan Misionari di Malaysia yang dikatakan cuba membuat provokasi berhubung isu tersebut.

Terdahulu, Facebook terbabit memuat naik 1 video yang mendakwa Ramasamy sedang menghasut untuk memulakan perjuangan bersenjata.

Klip video itu dikatakan asalnya dimuat naik di stesen televisyen di Tamil Nadu, Thanthi TV yang memaparkan sebahagian ucapan Ramasamy dalam satu majlis di Chennai, beberapa tahun lalu.

Julai tahun lalu, polis menyoal siasat Ramasamy atas dakwaan hubungannya dengan kumpulan pemberontak itu. – FMT

Tags: LTTEP. Ramasamypengganaspolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd