• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Jangan Lepas Tangan Isu Pembeli Rumah Terbengkalai

oleh
23/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO menggesa kerajaan negeri Selangor tidak lepas tangan terhadap pembeli sebuah projek perumahan terbengkalai yang mempunyai kaitan dengan kerajaan negeri itu.

Naib presidennya, Ismail Sabri Yaakob berkata, sekiranya isu itu tidak diselesaikan, beliau tidak teragak-agak untuk membangkitkannya di Parlimen pada Mac ini dan meminta bantuan peguam untuk membantu pembeli yang dianggap tertipu.

“Sebab sekarang ini dilihat semua pihak mahu lepas tangan dan tidak ada sesiapa mahu bertanggungjawab,” katanya pada satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil pembeli projek perumahan Residensi Jaya di Cheras, Selangor.

Ahad lalu, FMT melaporkan lebih 50 pembeli sebuah projek perumahan terbengkalai yang mempunyai kaitan dengan kerajaan Selangor mendesak kerajaan negeri segera menyelesaikan masalah dihadapi mereka.

Residensi Jaya mempunyai 2 blok, bernilai antara RM210,000 dan RM250,000 seunit. Setiap blok adalah setinggi 11 tingkat dan mempunyai 394 unit apartment dan 9 unit kedai.

Pada 25 Oktober tahun lepas, syarikat pemaju yang seharusnya menyiapkan rumah berkenaan diisytiharkan bankrap.

Isnin lepas, Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar Selangor, Haniza Talha dilaporkan berkata, antara cadangan penyelesaian yang ditawarkan kepada pembeli ialah duit pinjaman atau bayaran mereka dikembalikan.

Dalam pada itu, Ismail berkata, beliau akan menulis surat kepada Haniza dan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin bagi meminta mereka menyelesaikan isu tersebut.

“Kita ingin maklumkan bahawa perlu ada campur tangan daripasa menteri KPKT walaupun ini projek di bawah kerajaan negeri.

“Saya harap menteri KPKT tidak lepas tangan,” katanya.

Sementara itu, wakil pembeli, Zul Hilmi Harun, 38, berkata beliau tidak yakin dengan jawapan kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah rumah terbengkalai itu.

Beliau berkata, pertemuan dengan Ismail Sabri yang juga ketua pembangkang adalah bagi mendapatkan pandangan dan penyelesaian berkaitan isu ini.

“Tak nampak peranan kerajaan negeri Selangor melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) mahu selesaikan masalah ini,” katanya. – FMT

Tags: Residensi JayaRumah Selangorkurumah terbengkalaiUMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Iran Enggan Serah Kotak Hitam Pesawat Ukraine

Next Post

Raja Salman Agih 20,000 Al-Quran, Terjemahan Seluruh Malaysia

Related Posts

Titah Adendum: PM Sedia Bincang

Titah Adendum: PM Sedia Bincang

18/07/2025
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri menyatakan kesediaannya terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pimpinan parti itu bagi...

145 Ketua UMNO Bahagian Desak PM Segera Laksanakan Titah Adendum

145 Ketua UMNO Bahagian Desak PM Segera Laksanakan Titah Adendum

18/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 145 Ketua UMNO Bahagian seluruh negara, termasuk dari Sabah, mendesak supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim segera mengambil...

Next Post

Raja Salman Agih 20,000 Al-Quran, Terjemahan Seluruh Malaysia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd